Sekali Lagi Disuruh Campur Tangan Masalah Ogy, Akhlrnya Khai Bahar Buat Pengakuan

KUALA LUMPUR: Terpalit dengan isu tunggakan bayaran pelakon dan kru teater Korupsi Dewan Semandung gara-gara penerbit sama, penyanyi Khai Bahar meminta dirinya usah dikaitkan lagi.

Khai berharap tidak ada lagi pihak yang mendesak dirinya memberi kenyataan dalam kemelut produksi teater itu kerana ia bukan urusannya.

“Saya terima banyak mesej di media sosial. Tetapi saya tiada sebab untuk masuk campur.

“Saya mohon jangan desak saya untuk terbabit dalam isu berkenaan… Saya agak bingung.

“Disebabkan kita sedang menyambut Ramadan, saya hendak fokus kepada ibadat dan buat perkara baik. Saya memohon maaf jika ada menggvris hati mana-mana pihak,” katanya kepada BH Online.

Baru-baru ini, isu bayaran pelakon dan kru teater komedi seram, Korvpsi Dewan Semandung yang dipentaskan di Istana Budaya (IB), Februari lalu, hangat diperkatakan apabila seorang demi seorang tampil bersuara.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

berbuka apa arini?

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94) on

Mereka mendakwa penerbit, Syarikat Ogy Ventures & Network milik pelakon dan pengarah terkenal, Fauziah Ahmad Daud, belum melunaskan baki bayaran.

Fauziah atau mesra disapa Ogy bagaimanapun dilaporkan menjelaskan, semua bayaran tertunggak akan dilangsaikan seperti dijanjikan.

Khai tiba-tiba terpalit dalam kontroversi itu kerana Ogy juga bertindak sebagai penganjur Konsert Khai Bahar : Dari Smule Ke Pentas Dunia yang sepatutnya berlangsung di Istana Budaya, akhir Mac lalu.

Bagaimanapun, konsert itu ditunda berikutan penularan COVID-19.

Khai Bahar buat pengakuan

Khai atau nama sebenar, Muhammad Khairul Baharuddin mengaku tidak mempunyai masalah dengan Ogy, malah menimba pelbagai ilmu dengannya sepanjang sesi latihan.

Secara peribadi, Khai menganggap individu yang ingin menuntut hak untuk setiap kerja dan tidak beroleh apa dijanjikan, adalah urusan mereka sendiri.

“Saya fikir tindakan mereka wajar. Sesiapa sahaja apabila melakukan sesuatu kerja mesti mahukan pulangan,” katanya

Allah permudahkan jalan – Ogy

KUALA LUMPUR: Demi melunaskan hut4ng tertunggak, penerbit teater Korupsi Dewan Semandung, Fauziah Ahmad Daud menggunakan skil memasak dengan menjual pes kari.

Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy memberitahu, biarpun penat, dia tidak kisah asalkan dapat melangsaikan bayaran pelakon dan kru teater berkenaan.

“Saya bukan peni1pu atau pendvsta. Apabila berjanji untuk menjelaskan hut4ng, saya tetap tunaikan. Sebelum ini, saya ada beritahu sanggup buat pinjaman bank untuk tujuan itu.

“Apabila difikirkan kembali prosedur yang perlu dipatuhi dan selepas usaha pertama saya membuat pinjaman kewangan ditolak, tercetus idea menjual pes kari.

“Resipi pes kari ini saya dapat daripada arw4h bapa, Allahyarham Datuk Ahmad Daud. Jadi, ini adalah resipi turun-temurun keluarga.

“Alhamdulillah, untuk hari pertama, semalam, saya menjual kira-kira 100 balang,” katanya kepada BH Online.

Ogy turut meluahkan syukur kerana ramai pihak sudi menghulurkan bantuan daripada segi tenaga tanpa berkira soal wang ringgit.

“Saya dihubungi teman Facebook yang juga personaliti media sosial terkenal, Khairul Hakimin Muhammad.

“Khairul menyatakan hasrat membantu memasarkan produk saya melalui kempen yang diusahakannya tanpa mengambil komisen.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi yang sudi membantu mempromosikan pes kari air tangan saya.

“Bagi urusan memasak, saya dibantu kakitangan yang juga ibu kepada bekas pelajar kelas lakonan saya.

“Alhamdulillah, saya percaya, jika kita lakukan sesuatu dengan ikhlas, Allah akan permudahkan jalan dengan menghantar orang-orang seperti ini untuk membantu saya,” luah pelakon filem Ali Setan ini.

Setiap hari, Ogy memasak pes kari seawal jam 9 pagi bagi menyiapkan anggaran 300 balang sehari.

Baru-baru ini, isu bayaran tertunggak tercetus apabila salah seorang pelakon teater Korupsi Dewan Semandung, Che Mat membuat lap0ran di Balai Polis Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

Dalam lap0ran itu, Che Mat mendakwa Syarikat Ogy Ventures & Network gagal melunaskan baki bayaran pelakon teater itu yang dipentaskan di Istana Budaya di sini, akhir Februari lalu.

Selain Che Mat, teater arahan Khir Rahman itu dibintangi Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Tapai dan Sharif Zero.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : Berita Harian

 

Be the first to comment on "Sekali Lagi Disuruh Campur Tangan Masalah Ogy, Akhlrnya Khai Bahar Buat Pengakuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*