KUALA LUMPUR: Terpalit dengan isu tunggakan bayaran pelakon dan kru teater Korupsi Dewan Semandung gara-gara penerbit sama, penyanyi Khai Bahar meminta dirinya usah dikaitkan lagi.
Khai berharap tidak ada lagi pihak yang mendesak dirinya memberi kenyataan dalam kemelut produksi teater itu kerana ia bukan urusannya.
“Saya terima banyak mesej di media sosial. Tetapi saya tiada sebab untuk masuk campur.
“Saya mohon jangan desak saya untuk terbabit dalam isu berkenaan… Saya agak bingung.
“Disebabkan kita sedang menyambut Ramadan, saya hendak fokus kepada ibadat dan buat perkara baik. Saya memohon maaf jika ada menggvris hati mana-mana pihak,” katanya kepada BH Online.
Baru-baru ini, isu bayaran pelakon dan kru teater komedi seram, Korvpsi Dewan Semandung yang dipentaskan di Istana Budaya (IB), Februari lalu, hangat diperkatakan apabila seorang demi seorang tampil bersuara.
Mereka mendakwa penerbit, Syarikat Ogy Ventures & Network milik pelakon dan pengarah terkenal, Fauziah Ahmad Daud, belum melunaskan baki bayaran.
Fauziah atau mesra disapa Ogy bagaimanapun dilaporkan menjelaskan, semua bayaran tertunggak akan dilangsaikan seperti dijanjikan.
Khai tiba-tiba terpalit dalam kontroversi itu kerana Ogy juga bertindak sebagai penganjur Konsert Khai Bahar : Dari Smule Ke Pentas Dunia yang sepatutnya berlangsung di Istana Budaya, akhir Mac lalu.
Bagaimanapun, konsert itu ditunda berikutan penularan COVID-19.
Khai Bahar buat pengakuan
Khai atau nama sebenar, Muhammad Khairul Baharuddin mengaku tidak mempunyai masalah dengan Ogy, malah menimba pelbagai ilmu dengannya sepanjang sesi latihan.
Secara peribadi, Khai menganggap individu yang ingin menuntut hak untuk setiap kerja dan tidak beroleh apa dijanjikan, adalah urusan mereka sendiri.
“Saya fikir tindakan mereka wajar. Sesiapa sahaja apabila melakukan sesuatu kerja mesti mahukan pulangan,” katanya
Allah permudahkan jalan – Ogy
KUALA LUMPUR: Demi melunaskan hut4ng tertunggak, penerbit teater Korupsi Dewan Semandung, Fauziah Ahmad Daud menggunakan skil memasak dengan menjual pes kari.
Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy memberitahu, biarpun penat, dia tidak kisah asalkan dapat melangsaikan bayaran pelakon dan kru teater berkenaan.
“Saya bukan peni1pu atau pendvsta. Apabila berjanji untuk menjelaskan hut4ng, saya tetap tunaikan. Sebelum ini, saya ada beritahu sanggup buat pinjaman bank untuk tujuan itu.
Be the first to comment on "Sekali Lagi Disuruh Campur Tangan Masalah Ogy, Akhlrnya Khai Bahar Buat Pengakuan"