Anak ini menangis sampai pelvk kaki ayah di sebelah pusara ibu, merayu jangan ‘mengadu’ pada ibu

Perkongsian seorang pengguna Facebook, Khairul Abdullah tentang anak-anaknya ketika melawat kvbur ibu mereka sempena Hari Ibu sangat mengusik hati dan perasaan. Baca perkongsian Khairul ini.

Awal pagi aku bawa anak-anak ziarah kvbur.

“Oh Allah, please forgive my mommy and put her into syurga. Aamiin.” Doa mereka bertiga macam biasa usai Al-Fatihah.

“Daddy, can we go home now?” ajak si abang.

Aku dah nampak dia lain macam kali ini. Tadi waktu nak keluar kereta pun dia ambik masa. Dia cakap tak sihat. Aku tahu kalau dia macam mengelak tu tandanya dia sedih. Waktu pagi aku ajak pergi pun dia cakap dia takut dia sedih.

Korang tahu kan, dia tak pernah menangis pasal mak dia. Dia pernah berjanji dengan mak dia yang dia tak akan menangis bila mak dia m4ti. So dia pegang janji dia. Kalau dia sedih tu dia akan elak bercakap pasal mak dia.

Namun pagi tadi dia gagahkan bila aku ajak. Bila dia ajak balik tu aku cakap tunggu sekejap.

“Daddy want to talk to mommy. Nak cerita pada mommy pasal baby, pasal adik dan juga pasal abang yang selalu tak dengar cakap daddy.”

Belum sempat aku habis ayat, terus dia pelvk kaki aku.

“Please don’t daddy, don’t tell mommy. Please, please.”

Suara dia bergetar kuat. Airmata dia tumpah laju tanpa tangis. Dia masih menahan getap bibir dan esakan mula kedengaran. Masih dia meratib ayat please don’t agar tidak aku ceritakan pada mak dia.

“Ok ok ok, I’m sorry. Daddy minta maaf, daddy tak cerita pada mommy. Abang baik, abang selalu tolong daddy. Abang anak yang bijak dan rajin. She must be very proud of you.”

RASA MENYESAL – BAPA

Aku dah silap ayat. Tak patut aku ugut dia macam tu. Aku pula yang menyesal.

Aku terbayang apa yang dia rasa. Bagaimana perasaan anak kecil yang menahan rindu pada seorang ibu. Anak kecil yang tak pernah menangis kerana sudah berjanji begitu. Pasti anak itu kecewa kerana gagal memegang janjinya.

Aku pula yang teresak-esak kat situ. Kesalnya aku. Dan dia masih menyembam mukanya ke kaki aku menyembunyikan tangisnya. Aku angkat, aku dukung dan aku peluk erat.

Jeda. Yang,

Anak-anak semua ok. I’m ok too. It is tough but it’s ok. You don’t have to worry about us. How I wish you can see them grow. Baby dah pandai bercakap tau. Abang-abang dah pandai membaca. Semuanya dah besar yang. You must be proud of them.

As for me, I did my best. I gave it all. And I hope I make you proud too. Selamat Hari Ibu. We miss you dearly. #SuperDaddy #GempakSpot

Kredit Gambar: Facebook Khairul Abdullah via Gempak

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Facebook Khairul Abdullah dan mendapat hampir 6,000 perkongsian, lebih 1,200 komen serta lebih 27,000 Likes.

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : Kisahbena

 

Be the first to comment on "Anak ini menangis sampai pelvk kaki ayah di sebelah pusara ibu, merayu jangan ‘mengadu’ pada ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*