Waktu sahur cuma nasi goreng semalam disediakan isteri, terus aku sep4k meja. Dia tahu aku makan hanya yang baru masak

Salam min, harini aku berbuka sorang2, aku tapau kat luar je, aku pening rumah aku bersep4h, singki berantakan, baju aku dah bertimbun. Rumah aku berul4t. Aku down sangat. Ceritanya begini min, aku jenis memang tak makan lauk bermalam, aku nak lauk yang baru dimasak.

Sebelum semua nu terjadi, masa tu dipagi subuh, masa sahur, isteri aku terlewat bangun sebab anak kami yang sebulan lebih meragam teruk. Jadi aku tidur bilik sebelah. Puukul 5 aku terbangun isteri aku tengah tidur sedangkan alarm dah bunyi.

Aku kejutkan isteri aku cepat untuk masak menu yang aku nak iaitu patin masak tempoyak, dia pun cepat2 bangun untuk siapkan tapi malangnya ikan masih beku jadi memang tak sempat masak. Ceritanya pagi tu Lepas aku siap2 belek whatsap ig fb, aku dah bersedia nak sahur tapi kau bayangkan min dia hanya masak nasi goreng dan lauk kari ayam sedangkan kalau lauk bermalam dia je makan, kalau aku memang tak lah.

Aku cakap baik masak megi je kalau macam ni. Jadi isteri aku tergesa gesa masak air untuk rebus megi, bila dah nak dimasak. Rupa rupanya megi dab habis. Ko bayangkan lah aku nak makan benda yang tak ada.

Sebab terlalu m4rah tanpa sedar aku sedar, aku tend4ng meja makan sampai terbalik dan lauk pauk yang isteri aku masak bersepah atas lantai. Dia tak tahu kalau dia derh4ka sebab tidak menyediakan makanan sahur untuk suami, bertapa besar pahala jika dia layan suami dengan baik.

Tapi kenapa dia taknak manfaatkan semua tu di bulan ramadhan yang mulia ini? Lepas tu isteri aku menangis sekuat kuatnya. Dia cakap aku tak hargai dia, aku m4rah sangat masa tu, aku masuk bilik sebelah dan tidur.

Aku puasa tanpa sahur. Saat aku masih m4rah, dia hitunglah d0sanya pada aku, bila aku bangun tidur, rumah masih bersepah dengan kari ayam, nasi goreng, kuali, semua tak basuh, lantai kotor kesan tumpah makana sedangkan isteri aku seorang yang pembersih, habuk sikit pun tak ada, baju pingang mangkuk semua bersih2 belaka. Kenapa tiba2 jadi macam ni?

Dalam keadaan aku masih m4rah. Aku cari dia dan anak dalam bilik, tapi mereka dah tak ada, aku cari kemana2 tak ada. Lepastu aku tejumpa satu nota dia atas meja yang berbunyi begini. “Abang ayang dah cukup sabar dengan abang, selama ni abang tak hargai ayang, ayang dah cuba terbaik untuk rumah tangga kita, sejak ayang mengandung dan lahirkan anak, abang dah taknak tidur sama2, abang taknak se3ntuh ayang, tapi ayang sedar dan faham.

Mungkin ayang dah gemuk, dah tak cantik. Jadi ayang tak layak dengan abang. Ayang minta maaf, sebab ayang lupa keluarkan ikan tu awal2 untuk di cairkan kerana masa ayang nak keluarkan tiba2 anak menangis dan lepastu ayang terus terlupa. Terima kasih sebab sebab selama ni abang sudi bersama2 dengan ayang walaupun dalam masa yang singkat sebab abang dah janji akan bersama ayang seumur hidup.

Tapi ayang sedar kalau ayang tak layak untuk abang”. Tentang perempuan yang abang kenal tu, ayang dah tahu dah lama, walaupun abang sembuyikan tapi naluri seorang isteri tak pernah salah, ayang dah si4sat. Dari pregnent lagi ayang dah tahu abang ada bersama dengan janda anak.

Tak apalah bang. Abang jandakan lah ayang demi janda. Tak guna dah ayang cuba yang terbaik sebab ayang tetap salah tetap jijik dimata abang. Semoga perempuan tu dapat bahagiakan abang, jaga makan minum abang, potong kuku abang, urut badan abang, hidang semua makanan kesukaan abang. Dan ayang akan besarkan anak kita. Lepas habis pantang.

Ayang akan ke makamah tuntut cer4i. Ayang nak abang bahagia. Ayang dah tak nak menyusahkan abang. selamat tinggal abang. Ayang pergi dulu.” Lepas baca nota isteri aku lagi aku down sangat min. Pasal janda tu, ya memang betul aku ada berkenalan dengan janda masa bini aku awal2 pregnen tapi aku kenal buat sekadar main2 je min.

Aku bukan serious nak janda tu. Aku nak isteri aku sampai akhir hayat kami. Aku bukan taknak sentuh dia, tapi sejak di pr3egnent badan dia mengelebar dan mengerutu. Aku suruh dia jaga badan tapi masih tetap macam tu. Aku memang nak bersama dia sampai akhir hayat aku.

Sejak dia tak ada rumah aku berantakan. Aku dah tak tahu nak buat apa. Call mak mertua tapi mereka kata isteri aku tak ada. Aku risau sangat sebab isteri aku masih berpantang. Aku call tak dapat. Whatsap chat semua tak dapat.

Apa perlu aku buat min, perlu ke buat rep0rt isteri aku hilang. Aku buntu nak cari dia kat mana lagi. Kawan2 dia semua tak tahu. Aku risaukan anak kecil aku. Tolong aku min. Isteri aku ada dalam krt ni. Aku harap sangat dia baca dan balik lah kepangkuan aku. Aku down sangat.

 

Sumber : macam2 ada

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : https://kisahbena.com/

 

Be the first to comment on "Waktu sahur cuma nasi goreng semalam disediakan isteri, terus aku sep4k meja. Dia tahu aku makan hanya yang baru masak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*