Macam myat hidup lepas putus dengan Nur. Aku nekad cerita dengan mak. Mak pelik. Kata2 mak akan ku ingat sampai bila2

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Nama aku Safwan, (semestinya bukan nama sebenar). Seorang lelaki berusia 20an dan sudah bekerja. Aku bukan orang yang biasa bercinta dan sukar untuk jatuh hati.

Tujuan penulisan ini dibuat untuk meminta nasihat dan doa dari tuan-tuan dan puan-puan yang mulia. Penulisan ni ada dua fasa, fasa semasa bercinta dan fasa untuk move on.

Bismillahirrahmaanirrahiim. Fasa yang pertama. Beberapa tahun lepas aku belajar di satu ipt. Dan pada semester pertama, aku berkenan dengan seorang gadis bernama Nur (nama pertama daripada nama penuhnya).

Pendekkan cerita aku mengorat dia dan aku diterima dalam hidupnya. Walaupun kami baru bercinta aku sudah pun kerap berjumpa dengan ahli keluarganya dan kerap juga datang ke rumah.

Kadang- kadang sewaktu Nur tiada di rumah pun, aku datang juga ke rumahnya untuk berbual-bual dengan ibu bapanya. Bapa Nur terutamanya sangat suka dengan aku. Nur selalu cakap yang bapaknya sering bercakap tentang aku dan kelihatan sangat suka dengan aku.

Dan yang membuatkan aku rasa aku dah dapat ‘lampu hijau’ daripada bapak Nur bila ada sekali tu aku nak balik, aku salam bapa Nur, bapak dia ambil tangan aku dan kucup tangan aku dengan penuh perasaan dan dia pesan ‘jaga anak pakcik baik-baik’.

Fuh, masa tu perasaan rasa macam dunia ni aku punya. Dan memandangkan aku bukan orang yang biasa bercinta, dan ini kali pertama bercinta dan kali pertama seorang perempuan menerima aku, aku rasa bahagia yang tersangat-sangat bahagia.

Dan perasaan cinta tu terlampau kuat. Sampai dalam doa, sujud, aku mesti ingat dan selit doa tentang Nur.

Dan pernah ada ustaz cakap yang majlis ilmu ni tempat maqbul doa kerana malaikat berhimpun mendoakan rahmat untuk yang hadir, jadi aku hadir majlis ilmu semata-mata nak doa untuk hubungan aku dengan Nur.

Punya kuat perasaan tu, sampai kalau aku nampak nama dia telefon aku, walaupun aku belum angkat telefon lagi, tapi rasa macam aku dah tak ada masalah dalam dunia ni. Punya seronok padahal dia cuma call je pun.

Lagi satu Nur ni, dia suka cek fon aku kalau kami dating. Kebiasaan lelaki tak suka bila perempuan kongkong dia macam tu tapi aku suka sebab itu macam petanda yang aku rasa dia betul-betul sayang dekat aku sebab kalau tak takkan dia nak cemburu nak cek henfon aku kan?

Jadi setiap kali dia nak cek fon aku memang aku akan terus bagi je, aku nak dia tahu yang aku memang tak ada perempuan lain selain dia.

Okay panjang lagi ceritanya tapi aku cuba sedaya upaya untuk pendekkan jadi skip terus sampai satu masa, aku perasan dia dah lain, macam dah tak suka aku.

So aku tak suka diperbodohkan, aku tanya dia betul-betul dan dia mengaku dia dah tak suka aku lagi. Aku tanya dia siapa lelaki yang dah gantikan aku tu, Nur cakap tak ada sesiapa, dia cuma dah malas nak bercinta.

So masa tu aku assume mungkin dia ni banyak sangat dengar ceramah kot, insaf dah taknak couple-couple ni. So aku ingat niat dia baik la waktu tu.

Masa dia kata dah tak suka aku tu rasa macam disi4t-si4t kulit ni. Bayangkan orang yang pernah kata nak kahwin dengan kau, nak sehidup sem4ti dengan kau, orang yang kata kau cinta terakhir lah semua, tiba-tiba berubah sekelip mata je. Dah la kali pertama bercinta.

Aku merayu pada Nur, supaya jangan tinggalkan aku, dan Nur bagi satu ayat yang aku akan ingat sampai m4ti,

“Ex aku yang lain pun still tunggu aku lagi lah, so kau jangan nak tunjuk yang kau tu terdesak sangat lah”.

Rasa macam dipijak-pijak maruah aku. Masa tu aku nekad memang aku takkan merayu lagi, aku bl0ck dia dan kalau jumpa depan2 pun aku buat tak nampak je.

Pernah lepas tu dia whatsapp aku, tapi tak dapat pasal aku bl0ck, kawan dia yang bagitahu yang dia ada whatsapp. Pernah juga dia tegur aku depan-depan, aku buat bdoh je.

Okay moving to fasa yang kedua, fasa untuk move on. Lepas putus cinta tu aku jadi macam orang hilang akal, kepala sentiasa rasa panas je, tak tahu kenapa. Makan tak nak, nak termenung je. Bila fikir balik dah macam orang bdoh.

Ada sekali tu kawan aku suruh aku tengok cerita tenggelamnya kapal van der wick, dia kata cerita tu kena dengan aku.

Bila aku tengok cerita tu memang aku nampak diri aku kat si Zainudin, wakta utama dalam cerita tu. Terlantar je kat atas katil macam orang bdoh. Sampai satu tahap aku rasa aku tak boleh hidup macam ni, aku nak hidup macam orang normal balik.

Aku nekad aku nak cerita benda ni dekat mak aku, walaupun aku berat nak cerita sebab aku bukan jenis anak yang selalu berbual dengan mak aku.

Aku jenis orang yang happy go lucky, suka loyar buruk dengan semua orang termasuk mak aku. Ni tiba-tiba nak cerita benda serius mesti mak aku pelik.

Aku nekad nak cerita juga sebab niat aku waktu tu aku nak mak aku doakan aku supaya dapat kembali hidup macam orang normal, boleh makan, boleh berbual, boleh belajar dan buat aktiviti harian macam orang biasa.

Aku dah macam myat hidup, so aku perlukan doa mak aku sebab doa seorang ibu kan makbul.

So lepas aku habis cerita sambil nangis2 dekat mak aku, mula-mula mak aku macam nak tergelak, haha, mungkin dia pelik agaknya ‘anak aku ni tak pernah-pernah serius ni tiba-tiba nangis apahal ni agaknya’.

Lepastu mak aku bagi kata-kata semangat dekat aku dan mak aku kata dia akan doakan aku. Dan nasihat mak aku, dia kata bila Allah putuskan sesuatu hubungan tu, maksudnya Allah tak redha dengan hubungan tu.

Mak aku kata,

“Mungkin safwan ada mensy1irikkan Allah dalam hubungan tu. Sebab terlalu sayang kepada makhluk, sampai dalam solat, dalam sujud pun ingat dekat Nur. Itu tak boleh”.

“Mak selalu doakan semua anak-anak mak untuk dapat jodoh yang soleh dan solehah, jadi bila kamu putus ni, maknanya perempuan tu tak termasuk dalam doa mak”.

“Kamu duduk sorang sorang cakap dalam hati ‘ya Allah, aku redha dengan apa yang terjadi’. InsyaAllah lepas tu hati akan rasa lapang. Dulu masa ayah meningal mak pun sedih, lepastu bila mak sebut yang mak redha, hati terus rasa lapang”.

Itulah antara sedikit nasihat mak aku, alhamdulillah sangat-sangat membantu aku. Masa tu hati rasa lapang sangat, tapi aku masih perlukan nasihat, aku decide untuk jumpa bekas ustaz yang mengajar aku di sekolah.

Aku cerita semua pada ustaz tu. Ustaz tu pun bagi nasihat yang alhamdulillah sangat membantu aku. Dan dia ada ajar satu doa dalam bahasa arab untuk lupakan Nur. Tapi aku tak mau share doa tu dekat sini.

Dan ustaz tu cakap, manusia ni kalau iman dia dalam keadaan yang bagus, apa sahaja manusia buat dekat dia, dia tak rasa terkesan. Itu tanda iman orang tu bagus.

Dan kita ni sebagai manusia tak boleh sayang sangat pada manusia, walaupun dah kahwin. Sayang sangat-sangat ni hanya boleh untuk Allah. Ustaz tu dengan mak aku, dua-dua deep. Bagi nasihat macam nak tikam aku terus. Haha.

Dan, beberapa minggu lepas aku putus dengan Nur, aku dah nampak dia dengan lelaki lain, dan kawan kawan aku selalu cakap yang dia nampak Nur dating dengan lelaki lain.

Dalam semester 5 kalau tak silap, dia bertunang dengan ex boyfriend dia yang sebelum dia dengan aku. Tapi dalam masa dia bertunang tu dia still keluar dengan lelaki lain juga.

So masa tu aku rasa bersyukur putus dengan dia, sebab dah nampak dia punya true colours. Rupanya yang dia cakap dah malas nak bercinta tu hanya sembang semata mata.

Masuk semester 7, masa internship, dia kahwin. Aku cuma doa dalam hati mudah mudahan dia bahagia dengan suami dia.

Dan sekarang tahun 2020, dah hampir 5 tahun aku putus dengan dia. Tapi masih sukar untuk aku lupakan dia. Adakah kerana iman aku tidak kuat atau cinta yang terlampau kuat?

Aku harap sesiapa yang baca ni dapat beri aku nasihat, pandangan, dan doakan aku supaya dapat lupakan Nur dan supaya aku dikurniakan pengganti yang jauh lebih baik.

Cerita aku ni tak lengkap sebenarnya, sukar nak gambarkan dengan tulisan. Harap maaf. Terima kasih.

Eyna Eyna –

Apa yang mak awak dan ustaz tu cakap sangat lah betul. Tak bole sayang sangat dekat makhluk. Dan kalau iman kita memang kuat kita takkan goyah dengan ujian sebab ujian tu datang untuk tingkatkan iman kita..

Asyikin Aziz –

Betulah nasihat mak dan ustaz tu. Lagipun Cinta pertama memang takkan kita lupa sampai bila bila. Normal. Melainkan ada penyakit hilang ingatan. 😅

Normi Mira –

Move on? Senang cakap daripada nak buat. Kadang2 benda simple pun buat kita teringat. Sometimes certain song or certain smell or food. Bnyk lagi. Tapi teringat tu lumrah hidup. Tak salah teringat.

Bila teringat, istigfar dan cakap alhamdulillah. Alhamdulillah lah sebab Allah dah selamatkn kita dari sesuatu yang kita tak tahu.

Beri peluang pada diri utk merasa bahagia. Bahagiakn diri sebelum bahagiakn orang lain.

Aku pun macam kau juga, happy go lucky. Tapi bila bab perasaan, aku sensitif. Bila malam aku sunyi dan aku teringat2, aku bangun terus solat or aku baca buku ilmiah. Kita manusia normal. Broken heart tu normal, teringat tu normal. But keep staying at the same place tu yang tak normal.

So safwan, cinta yang paling hebat ialah cinta pada yang Khaliq, namun cinta tu paling sukar untuk diraih. Harap faham la maksud aku. Ter ‘deep’ pulak. Haha

Peah Peah –

Awak belum jumpa dengan “the right one” “the right person for you” nanti awak dah jumpa awak akan bersyukur dan boleh lupakan Nur walaupun tidaklah sepenuhnya kerana ia akan tetap mejadi kenangan terindah walaupun ianya menyakitkan dalam hidup awak.

Sebab ini adalah proses kehidupan. Dan awak sememangnya ada kenangan bersama. Jadikan ianya sebuah pengalaman yg berharga dan juga pengajaran untuk hidup. Tidak ada yang sia sia dalam hidup ini. Jadi tenang tenang saja. InshaAllah semuanya akan berakhir dengan baik.

 

Sumber: Safwan (Bukan nama sebenar) via IIUMC, edisimedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

 

 

Be the first to comment on "Macam myat hidup lepas putus dengan Nur. Aku nekad cerita dengan mak. Mak pelik. Kata2 mak akan ku ingat sampai bila2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*