Persis Model, Netizen Terpuk4u Dengan Kecantikan YouTuber ‘Sugu Pavithra’ Dalam Photoshoot Ini!

Pasangan suami isteri keturunan India ini telah mendapat perhatian rakyat Malaysia selepas video masakannya yang ringkas di YouTube menjadi viral.

Selain kepelbagaian menu yang disediakan termasuk masakan India, penggunaan bahasa Melayu oleh Pavithra dalam semua video, dan sifatnya yang lemah lembut itu telah berjaya menambat hati ramai orang dari pelbagai kaum dan peringkat umur.

Foto YouTuber popular, S. Pavithra, 28, mencvri perhatian wargamaya selepas tampil dengan wajah dan penampilan yang berbeza.

Menerusi kemas kini terbaru laman sosial Instagram (IG) jurusolek selebriti terkenal Razzi Musa, dia memuat naik hasil wajah cantik Pavithra selepas disolek.

Image from Twitter @nazrinuyop

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SUGU PAVITHRA Beautiful soul . #makeup by #razzimusa #styled by @holyblackrapunzel

A post shared by Razzi Musa (@razzimusa) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuhan je yang tahu arini.. Tq for today semua… She in Benard Chandran yerrrrr

A post shared by @ holyblackrapunzel on

Hasil pemerhatian, rata-ratanya memuji dan terpegun melihat kecantikan Pavithra.

Di ruangan komen, ramai yang berpuas hati dengan hasil air tangan Razzi mencantikkan lagi wajah ayu Pavithra.

Komen Netizen

Dalam pada itu, penata gaya @holyblackrapunzel yang menjadi ‘stylist’ Pavithra dalam sesi forografi terbabit menyatakan yang wanita itu mempunyai bakat untuk menjadi seorang model.

“Dia (Pavithra) boleh pose model,” kongsinya di Instagram Stories.

Sebelum ini, kisah pasangan suami isteri keturunan India ini menerima perhatian rakyat Malaysia selepas video masakannya yang ringkas di YouTube menjadi viral.

Bahkan, pasangan yang menggunakan nama saluran Sugu Pavithra di YouTube itu juga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehingga kini Sugu Pavithra mempunyai lebih 600,000 subscribers di YouTube.

Kredit Foto: IG Razzi Musa & @holyblackrapunzel

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "Persis Model, Netizen Terpuk4u Dengan Kecantikan YouTuber ‘Sugu Pavithra’ Dalam Photoshoot Ini!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*