Keputusan tamat PKPB, Ini pesanan PM Muhyiddin

“TAK mengapalah pada hari raya kali ini kita tak bersalam atau peluk c1ium datuk atau nenek kita.

“Jaga mak, ayah dan nenek kita yang sudah berusia. Ini kerana mereka lebih terdedah kepada jangki1tan Cov1id-19”

Itu pesanan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Aidilfitri yang disiarkan secara langsung di televisyen, malam tadi.

Beliau berkata, semua pihak perlu berbincang dengan adik beradik serta saudara mara mengenai siapa yang boleh datang berziarah ke rumah dan perlu mengamalkan penjar4kan sosial serta elakkan bersalaman dan bersentuhan

Jadikan SOP PKPB resam biasa kehidupan:

Perdana menteri Muhyiddin Yassin berkata keputusan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bergantung kepada keupayaan rakyat menjadikan perintah berkenaan Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagai resam biasa kehidupan mereka.

Perdana menteri berkata tidak cukup hanya sekadar mengikuti SOP ditetapkan seperti jarakan sosial untuk diri sendiri sahaja, setiap rakyat perlu memainkan peranan untuk turut menegur sesama sendiri jika ada yang tidak patuh kepada perintah berkenaan.

Katanya jika tidak mahu dijangk1iti virvs berkenaan, setiap rakyat juga harus di sepanjang masa mengamalkan SOP peribadi seperti memeriksa suhu badan, memastikan jarakan sosial dijaga, memakai penutup hidung dan mulut setiap kali di luar rumah, dan sekerap boleh menggunakan pembersih tangan.

Mulai sekarang, tegasnya setiap rakyat terutama pimpinan masyarakat dan komuniti memikul tanggungjawab lebih besar selain petugas barisan hadapan untuk mengawal penvlaran Covi1d-19.

Malaysia Memiliki Kemudahan Kesihatan Terbaik di Dunia 

“Alhamdulillah kita bertuah kerana memiliki kemudahan kesihatan antara terbaik di dunia. Kita juga mempunyai doktor, jurur4wat dan petugas barisan hadapan yang berkhidmat dengan penuh dedikasi dan profesional, kerana itu setakat ini kita jadi antara negara yang paling berjaya mengawal penvlaran w4bak itu.

“Namun dalam menentukan kejayaan kita seterusnya, yang lebih penting adalah tanggungjawab diri kita sendiri. Tanggungjawab saya dan saudara-saudari sekalian, jika kita patuhi SOP ditetapkan bermakna kita telah pun laksanakan tanggungjawab kita, ini besar maknanya kepada kita semua.

“Tiada siapa lebih mampu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini selain kita,” katanya dalam perutusan khas Aidilfitri yang disiarkan secara langsung melalui siaran televisyen, malam ini.

Menyentuh SOP Aidilfitri yang hanya membenarkan aktiviti ziarah dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga di negeri yang sama dengan had 20 orang pada satu-satu masa, Muhyiddin menjelaskan ia diputuskan bersandarkan prinsip Maqasid Syariah

Sesal dahulu pendapatan

“Bagi memelihara ny4wa, kita k0rb4nkan sedikit adat atau kelaziman demi elakkan j4ngkitan. Saya ingatkan dan nasihatkan, berbincanglah dengan adik-beradik dan saudara mara siapa yang boleh datang berziarah. Ketika mereka di rumah pula, pastikanlah mereka mengamalkan jarakan sosial dan elakkan bersalaman dan bersentuhan.

“Jaga mak, ayah dan nenek kita yang telah berusia ini, kerana mereka lebih terdedah kepada jangki1tan. Tak mengapalah pada hari raya kali ini kita tak bersalaman atau peluk ci1um datuk atau nenek kita. Bukan kita tak sayang, tapi kerana kita sayangi merekalah kita elakkan daripada menyentuh mereka,” katanya.

Perdana menteri turut menasihatkan orang ramai supaya rumah dibersihkan segera selepas menerima tetamu dan elakkan daripada menziarahi kvbur yang menjadi kebiasaan dikunjungi ramai pada hari raya.

“Semua ini penting supaya kita dapat sambut Aidilfitri dan pada masa sama elakkan risiko penularan wab4k Cov1id-19 selepas cuti perayaan

“Saya perlu sebutkan perkara ini kerana di beberapa negara lain, wab4k Cov1id-19 menular selepas musim perayaan. Kita nak elakkan perkara seperti ini berlaku di negara kita, jadi biarlah kita ambil langkah yang lebih berhati-hati supaya kita selamat di kemudian hari.

“Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna,” katanya.

– Bernama

Be the first to comment on "Keputusan tamat PKPB, Ini pesanan PM Muhyiddin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*