Ramai Terkeejut Kata Zulin Aziz Tengah S4kit Bila Lihat Gambar Ini, Tuan Badan Akh1rnya Cerita Apa Yg Terjadi

Memiliki badan yang langsing adalah matlamat ramai kaum wanita. Tapi ianya bukan lah hal mudah untuk dilakukan kerana memerlukan usaha yang berpanjangan. Lihat sahaja produk kurus yang muncul di pasaran.

Dah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Pelbagai bentuk produk yang ditawarkan kepada pengguna. Namun harus diingat soal kesihatan, jangan terlalu taksub sehingga memudaratkan diri sendiri kelak.

BENTUK BADAN ZULIN AZIZ CURI TUMPUAN

Masih berkisarkan soal penangan badan langsing, penampilan terbaru pelakon dan pengacara terkenal iaitu Zulin Aziz mencuri tumpuan mata ramai peminat apabila dia tampil berbeza berbanding sebelum ini.

Pemilik nama Farah Azleenda Abdul Aziz diifahamkan mengalami susut berat badan semenjak Perintah Kaawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak Mac yang lalu.

Dalam ramai yang menyangkanya sedang s4kit akibat terlalu kurus, Zulin memberitahu yang dia alami kekurangan berat badan berikutan meninggalkan nasi sejak tahun lalu lagi.

Tambahan dengan kehadiran bulan Ramadhan pula, dia hanya menjamah buah kurma dan juga air masak sahaja. Setelah beberapa ketika baru lah Zulin makan lauk-pauk. Manakala untuk bersahur pula, Zulin mengambil buah pisang bagi menahan lapar keesokan harinya.

BERAT TURUN SEHINGGA 15KG

Dalam pada itu, Zulin pernah berkongsi pada umum yang dia pernah mengalami masalah berat badan sejak dahulu lagi. Tidak lokek berkongsi rahsia, dia juga ada mengamalkan sejenis minuman yang juga dapat membantu menurunkan berat badannya.

Menurut Zulin, sebelum mengambil minuman berkenaan, beratnya mencecah 85 kilogram. Namun setelah mengamalkannya, ia mula menunjukkan perubahan dengan susut kepada 70 kilogram dan kini 60 kilogram.

RAMAI PEMINAT RASA KAGUM

Melihat kepada reaksi pengikutnya di Instagram, rata-rata terkejut dengan penampilan terbaru pelakon ini. Mereka sempat bertanyakan tip dan juga mengucapkan tahniah buatnya kerana berjaya mencapai bentuk badan yang diidamkan sebelum tiba Syawal.

Secara keseluruhan, tiada apa yang mustahil untuk kita capai jika didahulukan dengan usaha dan matlamat juang yang tinggi. Semoga dengan perkongsian Zulin ini membangkitkan semangat wanita lain untuk turut serta capai saiz badan yang langsing.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : Meecks.com

 

Be the first to comment on "Ramai Terkeejut Kata Zulin Aziz Tengah S4kit Bila Lihat Gambar Ini, Tuan Badan Akh1rnya Cerita Apa Yg Terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*