Macam Tak Bersyukur! Penerbit Bantah SOP Kerajaan, Ini Puncanya

PERSATUAN Pengarah Filem Malaysia (FDAM) kesal dan kecewa dengan tindakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menyenaraikan prosedur operasi standard (SOP) untuk membenarkan syarikat produksi kembali menjalanI penggambaran tanpa merujuk kepada mereka yang terbabit dalam bidang itu.

Presidennya, Ahmad Ibrahim atau Mat London berkata, pihak terbabit sepatutnya memanggil mereka yang bekerja secara langsung dalam industri berkenaan sebelum membentangkan SOP itu selain boleh diadakan sesi soal jawab.

“Jadi, budaya kerja kita boleh diperjelaskan dan mereka pun boleh faham cara kerja-kerja penggambaran. Banyak perkara yang perlu dibincangkan terlebih dahulu,” katanya dalam sesi Bual Bicara Covi1d-19: Kesan Kepada Industri Penerbitan TV Malaysia yang berlangsung menerusi aplikasi Zoom, hari ini.

Turut sama, Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Datuk Jurey Latiff Rosli; Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi dan Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Kapten Khir Mohd Noor.

Selain itu, Ahmad Ibrahim turut mempersoalkan beberapa SOP yang dibenarkan seperti jumlah maksimum 20 tenaga produksi dan pelakon serta tempoh kuar4ntin selama sebulan dikatakan terlalu lama.

“Apa beza antara 20 dengan 25 orang? Apa bezanya sekiranya jumlah maksimum 30 orang? Mengenai tempoh kuar4ntin, kalau boleh pendekkan kerana tempoh sebulan itu terlalu lama,” katanya.

Menurutnya, kini terdapat 40 syarikat produksi yang terpaksa berhenti daripada menjalani penggambaran dan ada kerja-kerja yang tergendala.

“Jadi, selepas ini akan ada 40 pengarah memulakan penggambaran semula dan membabitkan lebih kurang 600 pekerja termasuk pelakon.

“Jika tempoh kuar4ntin memakan masa lagi sebulan, apa yang mereka nak makan? Kalau dua minggu, masih boleh diterima. Itu perlu dibincangkan semula dengan lebih teliti. Jadi, saya mohon pihak kementerian boleh menimbang tara,” katanya.

Dalam sesi soal jawab itu juga, Ahmad Ibrahim berkongsi pendapatnya mengenai pengubahsuaian yang boleh dilakukan kepada sesuatu karya.

“Ubah suai skrip mengikut normal baharu yang kita jalani sekarang. SOP ini mengekang kreativiti pengarah, tapi kita kena buat supaya tidak melanggar SOP. Jelaskan kepada artis, apa yang boleh dan tak boleh dilakukan.

“Jelaskan juga kepada semua kru mengenai aspek teknikal yang mengikut SOP. Kupas balik skrip dalam masa satu atau dua hari dan lakukan pengubahsuaian yang perlu,” katanya.

Menurutnya, aspek kebersihan dan keselamatan di set penggambaran juga perlu dititikberatkan.

“Kita kena nyah kum4n di set penggambaran sejam sebelum penggambaran bermula. Jadi, untuk memudahkan kerja, tak perlu lakukan penggambaran di banyak lokasi. Set juga perlu dikawal aliran keluar masuknya supaya hanya dikhaskan untuk mereka yang terbabit sahaja.

“Setiap tempat, peralatan, tempat duduk, tempat makan, bahkan pakaian artis pun perlu disembur dengan pembasmi kum4n untuk memastikan kita patuh kepada SOP yang ditetapkan. Lantik seorang pekerja yang dikhaskan untuk menjaga SOP berkaitan kebersihan di samping mendapat pemantauan daripada penerbit dan juga pengurus produksi,” katanya.

Ahmad Ibrahim turut mengharapkan supaya ada keputusan yang akan memudahkan kerja-kerja penggambaran dimulakan semula.

“Pekerja-pekerja belakang tabir ini, ada kerja, adalah gajinya. Jadi, sekiranya pihak kementerian boleh menimbang tara beberapa SOP untuk memudahkan kerja-kerja penggambaran dimulakan semula, pihak FDAM sedia memantau,” katanya.

Terdahulu Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan kebenaran untuk penggiat industri perfileman meneruskan aktiviti mereka selepas sambutan Aidilfitri.

Dalam masa sama, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya semalam menjelaskan kebenaran hanya diberikan bermula akhir Jun ini dan perlu memenuhi tujuh syarat yang ditetapkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : Hmetro

 

Be the first to comment on "Macam Tak Bersyukur! Penerbit Bantah SOP Kerajaan, Ini Puncanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*