Ismail Sabri dedah apa yg wanita ini buat sebelum balik rumah

KUALA LUMPUR: Polis memberi kebenaran kepada seorang wanita mengandung merentas negeri dari Ampang, Kuala Lumpur untuk bersalin di kampung halamannya di Kelantan, sebelum disahkan positif COV1ID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, mengesahkan perkara itu bahawa wanita berkenaan memohon untuk pulang ke kampung untuk bersalin.

Namun, beliau berkata, wanita yang sedang hamil 25 minggu itu sempat bertemu pelbagai orang tertentu kerana rindu selepas lama tidak berjumpa, sebelum tiba ke rumahnya.

“Ini amalan normal lama, akhirnya (wanita terbabit) didapati positif. Apabila dia positif, keseluruhan kampung terpaksa tertakluk kepada saringan dan sebagainya walaupun sudah tiada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Kawasan berkenaan mungkin hanya kawalan pentadbiran dan akhirnya menyusahkan satu kampung. Kita tak tahu berapa ramai warga emas dan kanak-kanak dan ini meningkatkan ri1siko (jangk1itan) bagi golongan berkenaan.

“Ia juga akan mengakibatkan b3encana yang akhirnya memberi kesan kepada ny4wa penduduk, terutama warga emas dan kanak-kanak di kampung terbabit,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Semalam, wanita berusia 32 tahun itu adalah kes positif pertama dikesan di Kuala Krai selepas lebih sebulan Kelantan diisytiharkan bebas w4bak itu.

Wanita itu dikesan melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah, selain mempunyai surat kebenaran untuk pulang ke kampung dan dijadualkan bersalin pada 19 Jun ini.

Jangan K3cam Anak Saya

KOTA BHARU: ‘Tolong jangan kecam anak saya tanpa usul periksa, dia pulang ke kampung untuk bersalin, bukannya semata-mata untuk menyambut Aidilfitri.”

Demikian luahan Norazlina Abdul Rahim, 50, ibu kepada wanita hamil positif COV1ID-19 dari Kuala Krai ketika mengulas mengenai anaknya yang mendapat k3caman daripada netizen.

Anaknya yang berusia 32 tahun, adalah kes positif pertama dikesan di Kuala Krai selepas lebih sebulan Kelantan diisytiharkan bebas wabak itu. Wanita itu dikesan melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah.

Norazlina berkata, anaknya mempunyai surat kebenaran untuk pulang ke kampung dan dijadualkan bersalin pada 19 Jun nanti.

“Anak saya pulang untuk bersalin memandangkan usia kandungan sudah 35 minggu. Untuk bersalin di Ampang, Kuala Lumpur agak sukar kerana suaminya bekerja dan mereka juga mempunyai anak yang masih kecil berusia tiga tahun.

“Sejak berita mengenai anak saya tular, ramai yang meng3cam tindakan anak saya pulang ke kampung, sedangkan mereka tidak tahu anak saya mempunyai alasan kukuh untuk pulang.

“Pada mulanya anak saya agak tert3kan sehingga terpaksa nyahaktifkan akaun Facebook untuk sementara waktu.

“Namun kini keadaannya kembali stabil selepas saya dan suami memujuk supaya bertenang dan tidak mengendahkan k3ecaman itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, anaknya sendiri agak sukar untuk menerima berita memaklumkan dia positif COV1ID-19 kerana sepanjang di Kuala Lumpur, anaknya tidak ke mana-mana melainkan keluar untuk membuat pemeriksaan di klinik kesihatan.

“Namun saya sentiasa menasihatkan anak supaya menerima perkara ini dengan hati terbuka. Syukur alhamdulillah sehingga kini dia dalam keadaan sihat dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

“Malah, pagi ini saya sempat video call (panggilan video) dengannya dan setakat ini dia dalam keadaan baik.

“Namun, doktor memaklumkan mungkin perlu bersalin secara pembedahan memandangkan anak saya positif COVI1D-19,” katanya yang turut memberitahu mereka sekeluarga kini dikuarantin selama dua minggu.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata wanita itu disahkan positif COV1ID-19 apabila berkunjung ke klinik kesihatan ibu dan anak di Kelantan untuk menjalani rutin pemeriksaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Ismail Sabri dedah apa yg wanita ini buat sebelum balik rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*