Mak Dia Minta Hantaran 20k, Lepas PKP Aku Berjaya Kumpul 10k. Sekali Teman Wanita K4ntoi Cur4ng

Orang lelaki bila bersungguh kerja kumpul duit nak kahwin, maksudnya dia betul-betul sayang lah tu kat perempuan itu.

Tapi bagaimana agaknya peras4an bila duit hantaran dah separuh berjaya dikumpul, sekali teman wanita pula k4ntoi cvrang. Pastinya sangat sak1t.

Begitulah situasi dilalui Eqram Ibrahim yang berkongsi kisah dikec3wakan teman wanitanya yang mahu dijadikan suri hatinya menerusi satu bebenang di Twitternya.

Perkongsian tersebut meraih 9,000 ulang kic4u dan 18,600 tanda suka.

Menurut Eqram, dia berkongsi kisah memer1tkan itu kerana ingin meluahkan rasa kec3wa yang terbuku di hati.

” Saya just nak luah apa yang saya rasa. Saya penat-penat kumpul duit tapi tiba-tiba dapat tahu dia cvrang. Memang s4kitlah.

” Masa PKP dia beritahu mak dia minta hantaran kahwin RM20k. Jadi saya start lah kumpul sikit-sik1t sebab memang saya serius nak kahwin.

” Bila dah cukup RM10k tahu-tahu dia ada orang lain. Dia terk4ntoi tiga, empat hari lepas,” katanya kepada mStar.

Bagaimana cara kumpul wang dalam masa s1ngkat?

Tweet tersebut turut mendapat perhatian kerana ramai tertanya-tanya cara Eqram mengumpul wang tersebut dalam masa yang s1ngkat.

Jelas Eqram yang juga penasihat perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat elektronik, dia sebenarnya sudah mempunyai wang simpanan dan bersyukur kerana rezeki perniagaannya tidak putvs-pvtus selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilongg4rkan pada 4 Mei lalu.

” Saya sebenarnya dah ada saving untuk kahwin. Kiranya bulan Ogos tahun lepas dah start kumpul. Masa tu saya dah ada RM6k.

” Lepas PKP dilongg4rkan, Alhamdulillah rezeki banyak masuk, ramai customer datang, masa tu saya dapat kumpul RM4K,” katanya yang turut menyediakan perkhidmatan membaiki barangan elektronik.

Wang hantaran yang berjaya dikumpul Eqram.

Serik ditinggalkan, Eqram berkata dia akan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup selepas ini.

” Memang lepas ni saya kena berhati-hati nak mengenali seseorang. Saya ni sus4h nak sayang kat seseorang tapi once dah sayang memang sus4h nak tingg4lkan.

Asyik kena t1nggal, Eqram nek4d kahwin terus lepas ni

” Jujur saya cakap pengalaman dit1nggalkan selalu terjadi kat saya. Kali ni saya nekad nak kahwin terus tu yang frvst sangat-sangat.

Eqram sudah memutvskan hubungan dengan teman wanitanya itu.

” Memang perasan sayang tu ada lagi tapi nak buat macam mana saya kena move on, kena banyak bersabar. Saya reda ketentuan Allah,” katanya.

Mengenai wang hantaran tersebut, pemuda berusia 21 tahun itu berkata dia mahu berkongsi rezeki itu bersama keluarganya.

” Duit tu saya akan spend untuk famili sebab selama ni pun saya busy kerja, lama tak balik kampung.

” Mungkin buat makan atau pergi travel dengan famili. Saya akan utamakan mereka kerana apa-apa yang jadi baik bvruk kita famili je yang ada di sisi,” akhiri Eqram.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : Transformasi

 

Be the first to comment on "Mak Dia Minta Hantaran 20k, Lepas PKP Aku Berjaya Kumpul 10k. Sekali Teman Wanita K4ntoi Cur4ng"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*