Seronok Pulang Beraya, Sedang Asyik Makan Ketupat Lemang, Sekali Datang Polis Pasukan Khas

Bagi yang sudah terlepas balik kampung, jangan terkejut kalau masa tengah makan ketupat dan lemang, sekali pasukan khas PDRM datang ke rumah.

Ini kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menubuhkan pasukan khas bagi mengesan individu yang melakukan pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran untuk menyambut Aidilfitri.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, pasukan khas yang turut dianggotai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu ditugaskan untuk melakukan pemantauan di kawasan perumahan dan kampung di seluruh negara.

Yang dapat permit polis tak payah risau, yang lolos tanpa kebenaran silalah risau

” Arahan sudah dikeluarkan kepada semua Ketua Polis Negeri untuk mengambil tindakan (pemantauan di seluruh negara).

” PDRM ada rekod siapa yang mendapat kebenaran rentas negeri dan siapa tidak,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, orang ramai yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri perlu mempunyai alasan munasabah serta mendapat kebenaran pihak polis terlebih dahulu.

” (Pergerakan rentas negeri) boleh dilakukan tetapi perlu ada alasan yang wajar serta mendapat permit polis,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselam4tan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata sebanyak 1,175 kenderaan dikesan cuba merentas negeri pada Sabtu, diarah berpatah balik.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk melupakan hasrat merentas negeri untuk balik kampung kerana ia sudah tentu menyusahkan diri sendiri apabila diarahkan untuk berpatah balik.

Sebelum ini, Ismail Sabri berkata tindakan komp4un kini boleh dikenakan oleh PDRM ke atas individu yang dit4han kerana merentas sempadan negeri tanpa kebenaran.

Ismail Sabri juga berulang-kali menegaskan supaya masyarakat tidak melakukan sebarang pergerakan rentas negeri semasa musim perayaan ini.

Yang sudah terlepas merentas negeri, tak semestinya terlepas masa pulang nanti

Beliau turut memberi peringatan bahawa mereka yang sebelum ini sudah ‘terlepas’ pulang ke kampung halaman tidak semestinya akan ‘terlepas’ apabila hendak kembali semula ke rumah.

Terdahulu, Tan Sri Abdul Hamid Bador, mengingatkan orang ramai bahawa pihak berkuasa memandang berat larangan pergerakan antara negeri, khususnya perjalanan tanpa kebenaran polis semata-mata untuk menyambut Aidilfitri.

Abdul Hamid berkata, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengesan individu yang disyaki melakukan kesalahan pergerakan rentas negeri tanpa permit.

Polis akan masuk kampung dan kawasan perumahan

” Polis akan menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan dan kampung untuk mengesan mereka yang mel4nggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan bergerak melampaui perbatasan negeri untuk balik berhari raya.

” Bagi tujuan ini pasukan pemantau PDRM dan ATM akan meninjau rumah di taman perumahan dan kampung di seluruh negara,” katanya semalam.

Beliau berkata, polis akan memeriksa bagi mengesan kenderaan yang tidak mempunyai permit pergerakan.

” Polis memiliki rekod butiran individu serta kenderaan mereka yang diberikan permit atau kebenaran untuk melakukan pergerakan antara negeri,” katanya.

P/s: Gambar atas adalah sekadar hiasan

Sumber : http://limauais.pw/

Be the first to comment on "Seronok Pulang Beraya, Sedang Asyik Makan Ketupat Lemang, Sekali Datang Polis Pasukan Khas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*