Selepas Tergvris Hati Dgn Zul Yahya, Rosyam Nor Mula ‘Desak’ Kerajaan

Penerbit, pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor berharap agar kerajaan mempertimbangkan Prosedur Kendalian Standard (SOP) dengan lebih cepat untuk diguna pakai oleh penggiat filem tempatan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Rosyam, dia yakin penggiat filem juga mampu mematuhi SOP ketika bekerja sebagaimana mereka yang berada dalam industri lain.

“Kami orang filem sabar menunggu SOP dari pihak kerajaan, kami berharap agar kerajaan memberi sedikit kelonggaran dalam bidang kerja kami.

“Seperti pekerja dalam industri lain, kami pun akan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan, kami juga takut terkena peny4kit COVI1D-19 kerana kami pun takut m4ti,” katanya ketika dihubungi Gempak sebentar tadi.

Tambah Rosyam, dia faham akan usaha kerajaan yang mahu membanteras penul4ran pandemik tersebut.

“Saya faham usaha kerajaan mahu menghentikan penul4ran pandemik ini, namun, penggiat filem juga harus jaga periuk nasi.

“Kalau pekerja dalam industri lain boleh patuh dengan SOP ketika krisis COV1ID-19 ini, mengapa bukan kami dari kalangan penggiat filem?” tambahnya.

Dalam pada itu, Rosyam menambah, penjar4kkan sosial juga boleh diamalkan ketika penggambaran filem dengan beberapa cara.

“Penjar4kkan sosial boleh dipatuhi ketika melakukan penggambaran kerana kami boleh mengaturkan kedudukan pelakon dengan jarak selamat, selain itu, kami juga akan bermain dengan teknik kamera,” katanya lagi.

Jumaat lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan masih memperhalusi cadangan membenarkan penggambaran filem, drama dan iklan untuk dilakukan ketika tempoh PKPB.

Difahamkan. keputusan itu akan dibuat selepas perayaan Aidilfitri dengan mengambil pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "Selepas Tergvris Hati Dgn Zul Yahya, Rosyam Nor Mula ‘Desak’ Kerajaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*