“Sibuk d0sa orang lain, d0sa sendiri lupa” – Riena Diana k0ngsi bah4ya fitn4h pada 10 malam terakhir Ramadan

TIDAK mahu terlepas kutip pahala pada 10 malam terakhir Ramadan, pelakon Riena Diana berkongsi tentang beberapa perkara yang memberi kesedaran kepada pengikutnya.

Bagi topik pertama, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 23, membincangkan tentang fitn4h yang hanya memberi kesan burvk kepada kedua-dua belah pihak.

Lebih malang jika individu yang difitn4h itu berada dalam keadaan tertekan sehingga kemvrungan.

Perkongsian Riena di Instagramnya.

“10 malam terakhir ini Riena rasa nak sebarkan kesedaran satu hari satu topik. Hari ini saya ambil keputusan nak cakap fasal fitn4h. Jangan buat andaian dan kemudian benda itu boleh jadi fitn4h.

“Saya percaya benda-benda ini wujud di merata tempat tapi percaya la kita tak tahu bila kita buat andaian atau fitn4h seseorang atau bercakap tentang seseorang, kita tak tahu apa kesan dia dekat orang lain.

“Tak rasa berd0sa ke atau tak rasa bersalah ke buat fitn4h, kutvk orang lepas itu kejap lagi orang itu tertekan ke kemvrungan ke dan kita tak tahu kemampuan seseorang itu macam mana.

 

Kita duk sibuk la hal orang lain sampai hal tepi kain sendiri kita tak jaga dan terlupa

RIENA DIANA

PELAKON

“Sama ada orang itu boleh kawal tekanan ke tidak. Lain orang lain cara mereka kawal tek4nan. Kita tak akan pernah tahu,” kata Riena.

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama popular Kampung People itu berkongsi mengenai perkara itu di laman Instagramnya.

Rata-rata pengikut di laman sosial bersetuju dengan pandangan aktres tersebut dan ada juga segelintir mereka yang berkongsi pengalaman sendiri apabila difitn4h orang.

Dalam pada itu, Riena memberitahu masih belum terlambat untuk seseorang itu memperbaiki diri dan sentiasa menjaga hal sendiri tanpa mengambil tahu urusan orang lain.

Riena memberi nasihat kepada pengikutnya di Instagram.

“Kita duk sibuk la hal orang lain sampai hal tepi kain sendiri kita tak jaga dan terlupa. Sibuk d0sa orang lain sampai d0sa sendiri kita lupa.

“Belum terlambat pun untuk sedar dan perbaiki diri kita sendiri sebab lebih baik ada kesedaran dalam diri daripada kita rasa kita sentiasa baik.

“Jangan sampai hati dah menjadi hit4m. Jadi, berhentilah dan jagalah hal sendiri,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "“Sibuk d0sa orang lain, d0sa sendiri lupa” – Riena Diana k0ngsi bah4ya fitn4h pada 10 malam terakhir Ramadan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*