Mukhriz petik nama Najib punca dia jatuh, Ini kata2 padu Annuar Musa

Susulan kejatuhan pentadbiran PH di Kedah, BN hari ini memberi gambaran bahawa usaha menukar kerajaan di negeri-negeri tidak terhenti setakat ini sahaja.

Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata ia akan diteruskan sebagai usaha pengukuhan politik oleh Perikatan Nasional (PN).

“Ia sebahagian daripada matlamat PN untuk mengukuhkan politik, dan tidak terhenti setakat Kedah sahaja, mungkin akan ada lagi. Kalau ada satu atau dua negeri lagi nak ikut jejak langkah Kedah, kita sangat mengalu-alukan.

“Ada (maklumat tentang pertukaran) dan sentiasa diusahakan. Negeri PN yang sudah terbentuk seperti Johor, Melaka dan Perak, sekarang masa untuk mereka bekerja. Masa untuk berpolitik sudah habis.

“Bagi Kedah yang baru bertukar, sama juga masuk fasa baru, menteri besar baru, disokong parti-parti dalan gabungan PN akan kena buat kerja,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada imam dan bilal masjid Parlimen Ketereh di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertukaran kerajaan di Kedah yang menyaksikan PH kehilangan kuasa di negeri itu.

Hari ini Mukhriz Mahathir meletak jawatan sebagai menteri besar selepas hilang majoriti sokongan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun).

Ia susulan dua Adun PKR iaitu Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) dan Azman Nasrudin, keluar parti dan mengisytiharkan sokongan kepada PN pada 12 Mei lalu. Langkah itu disusuli dengan empat Adun Bersatu.

Tempatnya itu akan digantikan Adun Jeneri daripada PAS, Muhammad Sanusi Md Nor.

Annuar yang juga anggota Parlimen Ketereh berkata negeri-negeri yang masih ditadbir PH boleh bersiap-sedia untuk kemungkinan itu.

Terima Kasih Mukhriz

“(Negeri) yang belum tukar lagi bolehlah bersiap-siap untuk tukar, dan kita tukar kepada budaya bekerja.

“Kita ucap terima kasih kepada Mukhriz atas perkhidmatannya selama 23 bulan. Semua orang sudah cuba, Mukhriz cuba dengan caranya sendiri tapi mungkin tak berapa berjaya.

“Maka sekarang giliran PN pula mencuba dengan cara kita. Kalau kita tak berjaya rakyat akan buang juga. Kita ambil ikhtibarlah daripada kerajaan yang dibuang,” katanya lagi.

Kerajaan PH di Kedah yang bermula sejak gabungan itu menewaskan BN pada PRU14, bertahan selama dua tahun.

Ia selepas peralihan sokongan enam Adun – dua bekas PKR dan empat daripada Bersatu – PN kini menguasai 23 daripada 36 kerusi di DUN Kedah.

Reaksi Najib

Sebab apa saya disalahkan apabila pemuda ini hilang kerja?Sejak PKP bermula, saya cuma #stayathome main FB, main kucing dan makan super ring. Pemuda ini ada bukti tak bahawa saya terlibat? Sila keluarkan. Dalam bulan Ramadhan ni pun dia sanggup berb0hong macam ni.

Sebab apa saya disalahkan apabila pemuda ini hilang kerja?Sejak PKP bermula, saya cuma #stayathome main FB, main kucing dan makan super ring. Pemuda ini ada bukti tak bahawa saya terlibat? Sila keluarkan.Dalam bulan Ramadhan ni pun dia sanggup berbohong macam ni.

Posted by Najib Razak on Saturday, May 16, 2020

Mukhriz: Najib protag0nis sebenar kejatuhan PH Kedah

Di sebalik tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan hilang jawatan menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir mendakwa Najib Razak menjadi dalang apa yang berlaku.

Dakwa Mukhriz walaupun arahan untuk menjatuhkannya sebagai menteri besar datang daripada Muhyiddin Yassin, namun di belakang Presiden Bersatu itu ialah Najib.

“Walaupun arahan untuk menjatuhkan saya di Kedah datang daripada presiden Bersatu melalui Hamzah Zainuddin, tetapi protag0nis sebenar masih orang yang sama dengan dulu iaitu Najib Razak.

“Tujuannya tidak lain tidak bukan semata-mata membebaskan dirinya daripada pertudvhan pec4h aman4ah

“Lihat saja apa sudah jadi pada kes pengub4han har4m pada anak Rosm4h Mansor iaitu Ri1za Aziz yang dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pendakwaan jenay4h itu,” kata Mukhriz dalam sidang media di Wisma Darul Aman, Kedah, hari ini.

Pada 14 Mei lalu mahk4mah membuat keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) R1iza yang juga penerbit filem Hollywood bergantung kepada pematuhannya terhadap persetujuan yang dicapai bersama pendakwaan untuk memulangkan jutaan ringgit wang kerajaan yang didakwa berkaitan degan lima pertuduhan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, sekiranya Riza gagal untuk mematuhi perjanjian tersebut, maka pendakwaan berhak untuk mengenakan semula pertvduhan tersebut dan mendakwanya di mahk4mah.

Gelojoh nak jatuhkan MB

Hal ini dimaklumkan pada salinan kenyataan yang dibacakan oleh Ketua pasukan pendakwaan, Gopal Sri Ram, ketika beliau memberitahu Mahk4mah Sesyen Kuala Lumpur mengenai persetujuan dicapai antara tertudvh dan pihak pendakwaan.

Mukhriz berkata, Muhyiddin juga membuka pintu yang luas untuk membawa kepada “pembebasan” pemimpin Umno termasuk Ahmad Zahid Hamidi daripada pertuduhan dihadapi mereka.

“Kini mereka kembali berkuasa apabila Muhyiddin buka pintu seluas-luasnya kerana mempertahankan kerusi empuk jawatan perdana menteri,” kata Mukhriz.

Dalam responsnya, Najib menafikan dakwaan Mukhriz dan menggesa beliau menunjukkan bukti peranannya dalam kejatuhan pentadbiran PH di negeri itu.

“Sebab apa saya disalahkan apabila pemuda ini hilang kerja? Pemuda ini ada bukti tak bahawa saya terlibat? Sila keluarkan,” katanya di Facebook.

Dalam pada itu secara sinis, Mukhriz berkata kejatuhannya dan kerajaan PH Kedah adalah hadiah hari jadi paling istimewa buat perdana menteri itu pada 15 Mei lalu.

Katanya, beliau menerima dengan hati terbuka tindakan pihak yang menggulingkannya sebagai menteri besar dan bertekad untuk kekal sebagai pembangkang sehingga habis penggal.

“Gelojoh nak jatuhkan menteri besar Bersatu sebagai hadiah hari jadi kepada perdana menteri, tak ada sekelumit pun ihsan kepada rakyat,” katanya lagi.

Mukhriz berkata prestasi kerajaan PH sepanjang mentadbir Kedah cukup baik dan beliau akan memantau perjalanan kerajaan Kedah yang baru di bawah Perikatan Nasional (PN).

Ditanya wartawan tentang perjalanan politiknya, Mukhriz berkata kariernya banyak turun naik dan tidak mendatar malah lebih banyak jatuh

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Mukhriz petik nama Najib punca dia jatuh, Ini kata2 padu Annuar Musa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*