Dikec4m Kerana Tak Bayar Hut4ng, Sekali Individu Ini PM Nak Tolong Ogy

PELAKON terkenal, Fauziah Ahmad Daud tidak menjangka mendapat pertolongan daripada seorang individu bagi mempromosi dan menjayakan kempen menjual produk pes kari, Ogy’s Curry Paste.

Menurut Fauziah yang mesra disapa Ogy, khidmat yang ditawarkan individu yang dikenali sebagai Khairul Hakimin Muhammad itu bertujuan untuk membantu melangsaikan hutang kepada pelakon dan kru Teater Korupsi Dewan Semandung.

“Tidak menjangka Allah hantarkan Khairul. Dia mesej peribadi (DM) di Instagram dan mencadangkan pada saya buat kempen ini.

“Macam saya cakap sebelum ini, saya yakin Allah akan tolong dan Allah hantar dia. Saya juga mendapat doa orang ramai sejak isu ini tular.

“Ramai DM dan doakan saya termasuk rakan artis yang sudi promosi. Saya syukur sangat. Menerusi kempen ini, hasil jualan dapatlah saya menyelesaikan hutang mereka yang terbabit,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Khairul yang juga penulis buku motivasi berkata, khidmat ditawarkan secara percuma semata-mata untuk membantu Ogy melangsaikan hutang.

“Saya tengok Kak Ogy berusaha sangat memasak setiap hari, jadi saya fikir kena bantu dari segi pemasaran.

“Kebetulan saya ada ejen yang menjual beberapa produk saya. Jadi, saya gunakan mereka untuk buat hebahan.

“Apabila saya maklumkan pada Kak Ogy mengenai kempen ini, dia bersetuju. Kami tak ambil sesen pun komisen atau apa pun bayaran. Niat memang nak membantu,” katanya.

Menurut Khairul, biarpun tidak pernah berjumpa atau bekerjasama dengan pelakon filem Pusaka itu, dia tampil membantu kerana mengenang jasa Ogy dalam industri hiburan tanah air.

“Saya hanya rasa nak bantu sebab Kak Ogy banyak bantu saya secara tak langsung. Saya mahu balas budi saja. Sebenarnya, saya banyak kali gunakan Kak Ogy sebagai contoh dalam kelas ‘storytelling’ yang saya pergi ke luar negara. Setiap kali tugasan diberi untuk lakonan, saya akan pilih babak lakonannya.

“Pendek kata, Kak Ogy banyak berjasa dalam industri. Saya fikir walau dia tak kenal saya, saya bantu saja. Jadi, apabila terbaca kes ramai tidak dapat bayaran dalam teater itu, saya pun beranikan diri DM Kak Ogy,” katanya.

Khairul tidak menafikan mendapat kritikan dan komen negatif segelinti pihak atas inisiatif dibuat.

“Ada yang sudah mula bising, tapi saya positif saja. Saya hanya balas, saya hanya nak bantu Kak Ogy. Mana yang bersama saya, alhamdulillah. Bagi yang tidak, saya tak paksa,” katanya.

Kempen jualan itu berbentuk pes kari seberat 400 gram dengan harga RM28 tidak termasuk kos pos.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : HM

 

Be the first to comment on "Dikec4m Kerana Tak Bayar Hut4ng, Sekali Individu Ini PM Nak Tolong Ogy"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*