Hafreez Adam sedar diri jadi pengecvt selepas bergelar pelakon – “Aku tak nak orang nampak kelemahan, terlalu t4kut dinilai”

PELAKON Hafreez Adam menyedari dirinya seorang penge3cut dan tidak akan menjadi sempurna seperti yang diinginkan selepas terbaca semula penulisan-penulisannya di blog miliknya yang ditarik semula daripada tatapan umum.

Hafreez, 30 berkata dia bertindak menyimpan semula penulisan mengenai dirinya hampir putus asa kerana enggan membiarkan orang luar melihat kelemahan dan menilai dirinya melalui catatan itu.

“I don’t know why. Lately aku banyak fikir benda-benda lama. Terjumpa balik post itu. Aku revert balik dalam blog masa drama pertama keluar tak silap. Jadi, ada dalam ‘draft’ sejak itu.

Hafreez sedar dirinya berubah selepas bergelar pelakon.

“Dan aku tidak tahu kenapa tapi ia benar-benar beri kesan. Aku seorang penge3cut. Aku revert post itu sebab aku takut akan dinilai.

“Aku mahu menjadi sempurna. Aku mahu menjadi contoh jika teruskan berlakon. Jadi, aku tak nak orang nampak kelemahan aku dan aku baru sedar yang aku tidak akan menjadi sempurna,” katanya.

Hafreez memuat naik beberapa paparan skrin status yang pernah di muat naik di Instastory beberapa hari lalu di laman Instagramnya pada Isnin.

 

Lepas ingat apa jadi terus rasa aku ini pengecut. Pentingkan diri pun ya juga.

HAFREEZ ADAM

PELAKON

Dalam pada itu, bekas tunang kepada pelakon Zara Zya ini berasa kecewa dan menyesal tidak menjalani kehidupan yang diimpikan disebabkan terlalu takut dengan penilaian orang luar terhadap dirinya.

Hafreez kecewa dengan dirinya yang banyak berubah.

“Cuba la macam mana pun, cuba la jadi positif macam mana pun, aku tetap tidak akan jadi. Aku terlalu takut dengan apa orang akan cakap bila aku nak buat sesuatu. Jadi, akhirnya aku tidak jalani kehidupan sepenuhnya pun.

“Banyak betul berubah sebenarnya seorang Hafreez Adam ini. Saya terfikir untuk letakkan semula di blog. Muat naik balik. Tapi takut akan nilai berdasarkan itu,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Hafreez Adam sedar diri jadi pengecvt selepas bergelar pelakon – “Aku tak nak orang nampak kelemahan, terlalu t4kut dinilai”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*