“Sampai Hujung Nyawa”, Anak Kongsi Sikap Penyayang Ayah Jaga Mak S@kit Hingga Nafas Terakhir

Menerima khabar pemergian seseorang yang amat kita sayang itu satu perkara yang agak berat untuk diterima, apatah lagi jika insan itu adalah ibu bapa kita sendiri.

Namun, taqdir Tuhan sudah menentukan bahawa yang pergi tetap akan pergi dan tidak akan kembali lagi.

Jika perginya si anak kecil, pasti si ibulah orang pertama yang akan menangisi kehilangannya, sama juga jika perginya si isteri, si suami itulah insan paling awal yang akan tumpahkan air mata.

Perkara tersebut turut dialami sendiri oleh seorang gadis, NurHafizah Rozi yang berkongsi luahan sebak mengenai pemerglan arw4h emaknya pada Mac lalu.

Namun di sebalik kesedihan itu, terselit panjang kisah ayahnya yang penuh setia mencintai, menyayangi dan berbakti kepada arw4h emaknya dari hidup sihat, ketika s4kit sehinggalah pada saat menghembuskan nafas terakhir.

Mari kita hayati perkongsian beliau.

Gambar: Facebook

Orang lain tak melihat tapi aku yang menyaksikan betapa dia cintakan isteri dia..

Ya memang kami adik beradik yang jaga mak tapi kami takkan lupa pada ayah yang selalu ambil berat pasal mak walaupun dia sibuk kerja, kalau dia ada masa dia yang akan uruskan mak.

Gambar: Facebook

Makan pakai mak dia yang siapkan, macam mana mak menjaga ayah selama mak sihat, macam tu laa ayah jaga mak masa mak sakit.

Sungguh dia terlalu sayangkan isteri dia walaupun isteri dia dah tak sempurna dia tetap sayang jaga dan ambil berat, tak peduli pun apa orang kata pasal dia sebab dia tahu siapa yang ada ketika susah dan senang..

Gambar: Facebook

Tiap kali pegi kerja mesti tanya mak nak makan apa, cium pipi mak sampai mak malu dah tua-tua pun nak manja-manja lagi tapi dia tak pernah peduli sebab itu cara dia tunjukkan kasih sayang pada isteri dia..

Mungkin orang melihat aku orang pertama yang sedih bila mak dah takde, tapi mereka lupa pada suami yang bersama dia lebih 35 tahun susah dan senang membesarkan 11 orang anak..

Gambar: Facebook

Aku tak pernah melihat dia menangis tapi haritu pertama kali dalam hidup aku, aku melihat dia menangis teresak-esak kerana mak..

Dia bacakan Yaasin dia yang ajar mak mengucap dia pegang tangan isteri dia sampai akhir hayat..

Masa dalam van jenazah pun macam tu dia peluk je keranda mak tak lepas sambil bacakan Yaasin untuk mak..

Gambar: Facebook

Lepas mak dikebumikan ayah pesan pada kami adik beradik;

“Nanti bila ayah dah takde kebumlkan ayah sebelah mak, ayah nak duduk dekat dengan mak..”

Gambar: Facebook

Sungguh kasih seorang suami pada isteri dari isteri dia sihat sakit sampailah isteri dia dah takde tetap dia sayang..

Semoga syurga menyatukan kalian kembali.. Aamiin..

Mak pesan;

“Bila sayangkan seseorang sayanglah dengan sepenuh hati terimalah sedikit keburukan dia kerana seribu kebaikan yang pernah dia lakukan..”

Jangan salah faham, Cikjah (saya) bukan nak menagih simpati..

Cikjah cuma nak menceritakan apa yang orang tak nampak tapi kami adik beradik nampak kasih sayang mereka selama ini..

Doa suami serta anak-anak sentiasa ada untuk mak..

Terima kasih kerana menjadi isteri serta mak yang terbaik untuk kami❤️❤️

Al-Fatihah 18/3/20

Berehatlah Bidadariku

Orang lain tak melihat tapi aku yg menyaksikan bertapa dia cintakan isteri dia..Ya memang kami adik beradik yg jaga Mak…

Posted by NurHafizah Rozi on Wednesday, April 22, 2020

Sumber: Facebook, Siakap Keli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : HIBURAN ALL HMT

 

Be the first to comment on "“Sampai Hujung Nyawa”, Anak Kongsi Sikap Penyayang Ayah Jaga Mak S@kit Hingga Nafas Terakhir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*