Suami Bunga Citra Lestari, Ashraf Sinclair MeninggaI Dunia

Ashraf Daniel Mohammed Sinclair meninggaIkan seorang isteri dan anak bernama Noah Sinclair.

Berita sedih itu disahkan sendiri oleh ibu allahyarham, Khadijah Abdul Rahman menerusi mesej di aplikasi WhatsApp kepada mStar.

“Anak saya Ashraf telah pulang ke Rahmatullah. Dalam perjalanan ke Jakarta sekarang,” katanya.

Pada ketika berita ini ditulis, difahamkan jen4zah suami kepada aktres Indonesia, Bunga Citra Lestari ini masih berada di sebuah pusat perub4tan di Jakarta.

Portal-portal di Indonesia turut melap0rkan berita sedih itu dengan memetik kenyataan pengurus Bunga iaitu Doddy.

Ashraf dan isterinya Bunga Citra Lestari.

Ashraf, 41, yang lahir di London dan dibersarkan di Malaysia mencipta nama dengan pembabitan awalnya sebagai model dalam iklan Kasut Gombak pada tahun 1990-an.

Pada tahun 2005, dia membintangi filem Gol & Gincu.

Dia kemudian memperluaskan kerjayanya di Indonesia sehinggalah bertemu jodoh dengan aktres negara itu, Bunga Citra Lestari sebelum kedua-duanya bernikah pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Suami Bunga Citra Lestari, Ashraf Sinclair MeninggaI Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*