Saat Kamu LeIah Akan KehamiIanmu, Malaikat Beristighfar Untukmu Setiap Waktu” – Indahnya Pujukan Nadzmi Adhwa Buat Isteri

Kisah cinta mereka memang sweet! Bermula sebagai kawan karib, kemudian ‘bertepuk sebelah tangan’ dan sering digelar teman tapi mesra, sehinggalah Ardell jatuh cinta pada Nadzmi dan menjadi suami isteri, seolah cerita novel cinta.

Kini kedua-duanya sabar menanti kehadiran zur1at pertama mereka sejak berkongsi khabar Ardell berbadan dua akhir tahun lalu.

Dalam satu entri di Instagramnya, Nadzmi seperti sedang memujuk Ardell yang melalui proses menjadi seorang ibu.

“Setiap hari awak mengadu sak1t, mengadu diri makin gemuk. Awak kena selalu ingat yang awak paling cantik dan tak gemuk pun di mata saya.

“Comey je selalu saya tengok. Makin hari makin sayang. Perjuangan kita masih panjang. Dia adalah amanah dari Allah yang harus dijaga keberadaannya. Berikan yang terbaik selama dia dalam kandungan, ” pujuk Nadzmi.

Tambah Nadzmi, dia berjanji akan sentiasa menemani isterinya itu dalam apa jua keadaan dan memohon agar isterinya sentiasa berdoa dan sentiasa kuat.

“Saat kamu merasa leIah akan keham1lanmu. Ingatlah bahawa malaikat beristighfar untukmu setiap waktu. 1000 kebaikan tercatat untukmu dan 1000 keburukan terhapus darimu.

“Solatmu terbilang 80 rakaat untuk setiap rakaat yang terdapat seorang janin di dalam rahimmu. Semoga Allah permudahkan urusan kita. I love you to infinity @ardellaryana,” tulis Nadzmi lagi.

Nadzmi Adhwa berkahwin dengan Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin pada 1 September 2019.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Saat Kamu LeIah Akan KehamiIanmu, Malaikat Beristighfar Untukmu Setiap Waktu” – Indahnya Pujukan Nadzmi Adhwa Buat Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*