“Dayang Tidak Mengenakan Bayaran Satu Sen Pun” – Rizalman Buka Rahsia Di Sebalik Kos Produksi Cecah Jutaan Ringgit

Pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim mendedahkan peribadi mulia penyanyi Dayang Nurfaizah yang tidak mengenakan sebarang bayaran bagi menjayakan Konsert Kesuma Jiwa yang dianjurkannya.

Menurut Rizalman, pelantun lagu hit Lelaki Teragung itu mahu mengadakan persembahan pada acara itu nanti atas dasar erti sebuah persabahatan yang dianggap lebih tinggi nilainya.

“Saya nak pecahkan satu rahsia kat sini. Walaupun kos produksi Kesuma Jiwa sudah mencecah jutaan ringgit untuk hanya persembahan satu malam sahaja, namun, ia tidak termasuk bayaran nyanyian kepada artis utama kita pada malam itu nanti.

“@dayangsayangkamu yang tidak mengenakan bayaran satu sen pun malah tidak berkira untuk sama-sama berhempas pulas tanpa rasa mengeluh dan menyesal untuk menyumbangkan suaranya demi sebuah silaturahim.

“Katanya, tiada nilai wang ringgit yang dapat menggantikan persahabatan kami berdua kerana dia tidak mahu memperdagangkan anugerah Allah itu atas sesuatu yang tidak terungkap keagungan manfaatnya ke atas orang lain,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan Rizalman menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Posting berkenaan kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata memuji kebaikan Dayang dan terharu dengan keikhlasan persahabatan yang terjalin antara mereka berdua.

“Terharunya tengok persahabatan Datuk dan Dayang. Semoga persahabatan ini kekal selamanya.

“Bahagianya ada kawan yang betul-betul ikhlas macam beliau. Semoga dipermudahkan segala urusan kalian.

“Sucinya hati Dayang secantik orangnya,” tulis sebahagian netizen.

Konsert Kesuma Jiwa yang menggabungkan muzik dan fesyen bakal dipentaskan pada 20 Februari ini di Istana Budaya Kuala Lumpur.

Foto kredit: Instagram @rizalman71

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Dayang Tidak Mengenakan Bayaran Satu Sen Pun” – Rizalman Buka Rahsia Di Sebalik Kos Produksi Cecah Jutaan Ringgit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*