Nyanyi Lagu Rap Khas Untuk Arw4h Abam, Kanak-Kanak 11 Tahun Ini Jadi Perhatian

Meski sudah enam hari pelawak Abam Bocey men1nggal dunia, namun, jasa dan namanya masih diperkatakan ramai.

Mana tidaknya, setiap perkara yang dilakukan arw4h sudah cukup membuatkan orang ramai terkesan dengan amalan kebaikannya bersama keluarga, sahabat, anak yatim, peminat dan sesiapa yang mengenalinya.

Terbaru, seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Irysya Asyreena atau mesra disapa Isya telah menyanyikan lagu khas untuk arw4h Abam bertajuk Pemergianmu.

Menerusi video yang dirakamnya, Isya menyanyi lagu rap dengan penuh penghayatan dan lirik yang mendalam.

Difahamkan, kanak-kanak 11 tahun itu hanya menyampaikan lagu tersebut, manakala lirik hasil ciptaan kenalannya sendiri.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 10,000 tontonan dan ratusan komen.

Terdahulu, Abam yang juga anggota kumpulan Bocey men1nggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi 10 Februari lalu.

Abam meningg4lkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : MH

Be the first to comment on "Nyanyi Lagu Rap Khas Untuk Arw4h Abam, Kanak-Kanak 11 Tahun Ini Jadi Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*