Fad dan Achey bersedih atas pemergian Abam Bocey, ini penjelasan PU Azman

PERKONGSIAN ahli kumpulan Bocey, Achey dan Fad mengenai pemergiaan sahabat mereka Abam di laman Instagram sejak Isnin lalu menerima krit1kan segelintir netizen.

Segelintir netizen mengatakan roh Allahyarham Abam tidak tenang melihat kesedihan yang dikongsikan Achey dan Fad.

Bagaimanapun, Pencetus Ummah (PU) Azman tampil menjelaskan perbuatan manusia yang masih hidup tidak akan memberi kesan kepada yang sudah men1nggal dunia.

PU Azman menjelaskan mengenai kekeliruan segelintir netizen.

“Ada budaya di kalangan masyarakat berbunyi, jangan post tentang arw4h banyak sangat, nanti arw4h tak tenang di sana. Kenyataan di atas tidak betul sama sekali.

“Perbuatan orang hidup tidak bagi kesan langsung kepada orang mat1 dalam hal ini. Tiada masalah menceritakan kebaikan orang mat1 sebagai pengajaran dan semangat kepada yang hidup.

“Tiada masalah post foto kenangan yang sopan, tutup aurat sebagai melepas rindu. Hal ini tidak bermakna yang muat naik itu tidak reda.

“Reda atau tak, itu perbuatan hati. Kita orang luar tak boleh nak nilai,” tulis PU Azman menerusi laman Instagram miliknya.

Bahkan jika yang hidup melakukan perbuatan yang dilarang iaitu merat4p (melampau), juga tidak bagi kesan kepada si mat1.

PU AZMAN

PENCETUS UMMAH DAN PELAKON

Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pelawak Abam Bocey men1nggal dunia selepas dua hari mengalami dem4m panas.

Pemergiaan Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Redzuan, 32, memberi tamparan kepada keluarga serta dua anggota kumpulannya, Achey dan Fad.

Dalam pada itu, PU Azman memberitahu biarpun perbuatan merat4p tidak beri kesan kepada arw4h namun kena sentiasa menjaga jiwa supaya tidak terkeluar dari batas keredaan.

Kumpulan Bocey dianggotai Fad, Abam dan Achey.

“Bahkan jika yang hidup melakukan perbuatan yang dilarang iaitu mer4tap (melampau), juga tidak bagi kesan kepada si mati.

“Bahkan si pelaku yang masih hidup itu sahaja yang mendapat kesan dosa atau tidak. Ramai di kalangan kita yang selalu post tentang kerinduan kita dan kebaikan orang-orang soleh di zaman silam, sekalipun mereka telah meninggalkan kita ratusan tahun.

“Seumpama Imam Syafie dan sewaktu dengannya. Cuma pesanan pada kita semua yang post ni (termasuk Cik Man) agar sentiasa bimbing jiwa supaya tak terkeluar dari batas reda,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Fad dan Achey bersedih atas pemergian Abam Bocey, ini penjelasan PU Azman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*