‘Dapat tengok depan mata jadilah…’

KUALA LUMPUR: Peluang bertemu supermodel antarabangsa, Kendall Jenner di hadapan mata sudah cukup mengujakan pelakon dan pengacara, Yaya Zahir.

Berkongsi pengalaman itu, Yaya berkata, dia bertemu Jenner yang mempunyai 122 juta pengikut Instagram (IG), ketika menghadiri pertunjukan sempena Minggu Fesyen New York di Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

“Walaupun sekadar menatap wajah dan melihatnya di hadapan mata, saya sudah bersyukur.

“Peraturan dan protokol membabitkan kehadiran Jenner pada acara itu cukup ketat. Namun, saya tidak melepaskan peluang merakamkan momen dan memuat naik di IG.

“Jenner sangat cantik dan mempesonakan seperti yang kita lihat di IG atau majalah fesyen. Bukan senang dapat melalui pengalaman ini, ia menjadi permulaan indah buat saya,” katanya kepada BH Online.

Pada acara itu, pelakon Hikayat Si Pematah Hati yang ditemani Daiyan Trisha dan personaliti media sosial, Juwei, menyaksikan pertunjukan fesyen di bawah jenama Longchamp, Michael Kors dan Marc Jacobs.

Yaya atau nama penuhnya, Zuhairah Zahir berkata, peluang menghadiri Minggu Fesyen New York ibarat mimpi menjadi nyata.

“Saya adalah peminat fesyen. Apatah lagi saya mempunyai rangkaian fesyen jenama Asly selain produk kecantikan,” katanya

Sementara itu, ketika ditanya, apakah dia sudah berbadan dua selepas berkahwin dengan juruterbang, Arriz Azim pada Ogos lalu, hos dan wartawan HLive ini menjawab, mereka belum dikurniakan rezeki.

“Belum ada tanda-tanda saya hendak bergelar ibu,” katanya yang mengaku gembira dengan kehidupan sekarang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : BH

Be the first to comment on "‘Dapat tengok depan mata jadilah…’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*