“Allah Sudah Sangat Baik Kepada Saya, Alangkah Tak Adilnya…” – Tya Ariffin Sebak, Pertama Kali Tunai Umrah

Pelakon dan menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Ariffin sebak apabila pertama kali berpeluang menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah.

Isteri kepada Asyraf Khalid itu juga terpaksa berp1sah dengan anak-anaknya, Arif dan Azzahra, pertama kali dalam tempoh yang lama untuk mengerjakan umrah.

“This is my first time, semoga Allah permudahkan Amin.

“Pertama kali juga t1nggalkan anak-anak dalam waktu yang lama. Sekarang dah rindu dah.

“Baik kita ambil kesempatan untuk “me time” dating pada Allah dan suami.

“Mohon maaf kepada semua atas salah silap Tya, insya-Allah semua dijemput dirumah-Nya,” tulis Tya.

Dalam pada itu, Tya turut berkongsi sepotong video memaparkan proses penghijrahannya bertudung.

Dalam video terbabit, Tya menyifatkan hijab telah melengkapi dirinya sebagai seorang wanita muslim.

“Allah dah baik dengan saya, Allah dah bagi semua. 

“Kalau tengok cermin apa lagi saya nak? Saya tak jadi muslimah sempurna, tak jadi hamba yang Allah mahu,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Allah Sudah Sangat Baik Kepada Saya, Alangkah Tak Adilnya…” – Tya Ariffin Sebak, Pertama Kali Tunai Umrah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*