‘Nak Jual Harga Murah, Bantu Semua Orang’ – Elews Mart Akan Beroperasi Julai Ini

Ustaz Ebit Lew antara salah seorang pend4kwah bebas yang aktif dalam memberi sumbangan dan membantu keluarga kurang bernasib baik. Sumbangan dan bantuan Ebit Lew juga disenangi ramai orang. Malah, dia juga pernah berhasrat untuk menubuhkan kedai runcit dengan menawarkan harga barangan keperluan yang murah.

Terbaru, Ebit Lew berkongsi melalui laman Facebook mengenai perkembangan dan proses menubuhkan Elews Mart itu. Terdapat 10 cawangan Elews Mart yang akan beroperasi bermula Julai 2020 ini di dalam Lembah Klang.

Rasa seb4k dengan layanan mereka

Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa terharu dan gembira kerana niat untuk menubuhkan kedai runcit dipermudahkan. Banyak pihak yang turut membantunya untuk memudahkan sistem perniagaan.

Doakan ye untuk 10 cawangan Elews Mart disekitar Lembah Klang dibuka tengah bulan Julai 2020. Semua sedang di renovate. Terima kasih Nestle berkongsi ilmu sistem warehouse untuk dipraktikkan di warehouse kami nanti. Baik-baik Boss Nestle semuanya berkongsi ilmu. Sebak rasa dengan layanan dan bantuan semua. Semoga diberkati dan dimudahkan semuanya.

Syukur hampir semua pengilang dan distributor support Elews Mart. Terharu semua nak bantu dan bersama dengan Elews Mart. Kita akan dapat berikan harga paling murah insyaAllah. Dan Food Bank akan ada di setiap mart untuk yang memerlukan. Doakan ye. Ini kerana doa tuan puan semua.

Bagi peluang pekerjaan

Perniagaan Ebits Mart ditubuhkan adalah bagi membantu golongan miskin untuk mendapatkan barangan keperluan yang lebih murah. Selain itu, usahanya itu juga adalah untuk membuka peluang pekerjaan kepada ramai orang lagi.

Pohon doakan ye sahabatku semua. Doa semua sangat penting dalam usaha ini. Syukur 10 Elews Mart dan DC kami sedang renovate. Saya pergi mana semua tanya kenapa tiba-tiba nak buka 10 cawangan Elews Mart? Hari-hari saya kerja buat training. 3 Restoren Paramount Coffee House. Butik Elews. Kenapa tiba-tiba mart?

Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman mereka setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sebuah keluarga. Saya nak buat food bank di setiap Elews Mart dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan.

Nak Allah sayang, nak Allah reda

Difahamkan terdapat 10 cawangan Ebits Mart yang akan ditubuhkan termasuk di kawasan Lembah Klang dan juga Kuala Lumpur.

Masa PKP. 3 lori besar beli makanan agihkan 3 hari je dah habis. Di situ saya fikir nak bantu lebih ramai orang. Saya juga ada ambil tangungjawab untuk bayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya bahagia buat kerja ini. Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Nak Redha Allah. Nak lihat senyuman lebih ramai orang.

Dulu saya miskin susah. Alas tidur orang pernah bagi. Yuran pun begitu. Doakan yer semua. Pohon doakan ye ada 10 cawangan. Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sg Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana. Terima kasih semua.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : Oh Bulan, Berita Stedy Press

 

Be the first to comment on "‘Nak Jual Harga Murah, Bantu Semua Orang’ – Elews Mart Akan Beroperasi Julai Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*