Zarina Zainuddin Puji Mira Filzah, Tak Somb0ng Macam Artis Lain

Sudah 30 tahun berada dalam industri hiburan tanah air, pelakon Zarina Zainuddin meluahkan rasa kes4l dengan sikap artis baru yang bersikap sombong dengan kru produksi serta barisan pelakon berpengalaman.

Membuat luahan tersebut menerusi YouTube, Zarina turut menasihati pendatang baru dalam industri seni supaya lebih menghorm4ti kru serta barisan pelakon yang lebih tua. Zarina turut menyel4r sikap artis baru yang bersikap tidak bercampur dengan orang lain.

“Sebenarnya apabila shooting ni, kita satu family besar, tak boleh sombong-sombong, bawa dir. Jangan nak berlagak duduk dalam kereta dan tak campur orang langsung. Masa makan pun tak nak campur.

“Bukannya kau selamanya di atas. Satu hari nanti kalau kau dekat bawah baru kau nak terhegeh-hegeh dekat orang lain, baru nak tegur-tegur orang. Masa tu orang pun tak layan kau,” katanya.

Dalam pada itu, Zarina turut memuji sikap Mira Filzah yang pandai membawa diri di set penggambaran dan turut menghorm4ti pelakon yang lebih berpengalaman. Malah, Mira juga pandai menjaga diri serta bergaul dengan semua kru yang bertugas.

“Tapi ada pelakon yang pandai hormat orang walaupun nama besar macam Mira Filzah..dia pandai jaga diri, pandai hormat orang, pandai bercampur dengan orang.

“Dengan orang tua-tua dia hormat. Kalau dia tahu ada pelakon lama dia yang akan cari, bukan kita yang cari dia,” katanya.

Zarina turut berpesan kepada artis baru yang sedang meningkat naik supaya tidak bersikap sombong dan perasan diri bagus. Ujarnya, mereka perlu pandai membawa diri jika mahu terus bertahan dalam industri seni.

“Jangan perasanla, kau jangan perasan kau bagus sangat. Kita kena pandai bawa diri..kalau pandai bawa diri, dah jadi nenek pun orang akan panggil lagi untuk berlakon sebab tak banyak perangai dan tak banyak karenah,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : Rotikaya, Berita Stedy Press

 

Be the first to comment on "Zarina Zainuddin Puji Mira Filzah, Tak Somb0ng Macam Artis Lain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*