“Sesungguhnya Allah dengar doa orang terani4ya, tunggu giliran anda!” – Lain macam luahan Syifa Melvin, siap sebut tentang fitn4h

PERKONGSIAN pelakon Syifa Melvin di Instastory yang memberi gambaran seakan-akan dia terani4ya dan dif1tnah menarik perhatian netizen di laman sosial.

Bagaimanapun Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26, berkata status yang dimuat naik itu tidak ditujukan kepada sesiapa namun ia sekadar perkongsian secara umum.

Menurut adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini, dia sememangnya gemar berkongsi penulisannya untuk memberi inspirasi kepada orang yang melalui pengalaman yang sama sepertinya.

Syifa memuat naik status di Instastory tarik perhatian.

“Status itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak pun. Ia sekadar nasihat sahaja. Saya memang suka menulis dan berkongsikan kepada followers. Lagipun, ramai yang akan repost dan jadikan kata-kata itu sebagai peringatan untuk diri mereka.

“Malah, saya selalu beri nasihat dan berkongsi penulisan saya itu di saluran Telegram sebab ramai pengikut di laman sosial saya minta dan suka membaca.

“Ada sesetengah orang mengalami situasi yang sama macam saya tulis tapi mereka tak tahu nak luahkan macam mana. Jadi apabila saya tulis macam itu mereka rasa saya dekat dengan mereka,” katanya kepada mStar.

Buat masa ini juga saya memang tengah sibuk menguruskan perniagaan bersama adik-beradik.

SYIFA MELVIN

PELAKON

Syifa diminta mengulas mengenai status yang dimuat naik di Instastory mengatakan seseorang akan menerima bal4san selepas melakukan penganiayaan dan menyebarkan fitn4h.

“Sesungguhnya Allah mendengar doa mereka yang terani4ya dan dif1tnah. Tunggu giliran anda, ia pasti akan datang.

“Saya melalui pengalaman paling t3ruk dalam hidup, saya yakin tak semua orang mampu hadap apa yang saya hadap,” tulisnya.

Sebelum ini, Syifa sememangnya dilihat gemar berkongsi kisah di sebalik kejayaan dia dan keluarganya yang boleh dijadikan inspirasi kepada golongan anak muda di laman sosial.

Berkongsi mengenai perkembangan dalam bidang seni, pelakon drama Sis Cuba ini memberitahu dia kini lebih mengutamakan perniagaan bersama adik-beradiknya berbanding dunia lakonan.

Syifa mahu sambung belajar dan fokus pada perniagaan.

Kata Syifa, dia hanya menerima tawaran lakonan sekiranya benar-benar diperlukan namun tidak akan menolak jika ditawarkan untuk mengacara sebuah program.

“Sebenarnya saya dalam perancangan nak sambung belajar dalam jurusan psikologi dalam masa terdekat dan sekarang masih mencari universiti yang bersesuai.

“Buat masa ini juga saya memang tengah sibuk menguruskan perniagaan bersama adik-beradik. Jadi, bidang seni saya tolak ke tepi dahulu. Lagipun, saya tak rasa diri sebagai anak seni.

“Sekiranya ada permintaan yang sememangnya memerlukan saya, mungkin saya akan terima tawaran lakonan itu. Tapi kalau untuk jadi pengacara… saya nak sebab tak memerlukan komitmen yang tinggi,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : mStar

 

Be the first to comment on "“Sesungguhnya Allah dengar doa orang terani4ya, tunggu giliran anda!” – Lain macam luahan Syifa Melvin, siap sebut tentang fitn4h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*