Tul4r Cerita Mengenai Isa Khan Menghadiahkan Kereta Audi Kepada Risteena. Ini Harga Sebenar Kereta Tersebut…

Menerima hadiah kereta mewah jenama Audi sempena ulang tahun percintaan mereka yang pertama, pelakon Risteena mengakui tidak sangka menerima hadiah istimewa itu daripada tunang tersayang, Isa Khan.

Menurut Risteena dia tidak tahu menahu mengenai kejutan yang dirancang oleh Isa itu. Risteena berkata dia tidak pernah terlintas untuk mendapat hadiah kereta dan bangga dengan kejayaan dikecapi oleh Isa.

“Saya sangat gembira dan bangga dapat melihat satu persatu kejayaan yang Isa capai sekarang.

“Memang tak terlintas langsung Isa hadiahkan sebuah kereta. Terfikir dalam kotak itu benda lain, tapi bukanlah cincin pun,” katanya kepada Astro Gempak.

Jelas Risteena dia juga berasa sangat beruntung kerana memiliki pasangan yang rajin berusaha untuk membahagiakannya dan mendapatkan apa yang dihajati. Malah, Risteena sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan Isa.

“Saya beruntung ada pasangan seperti Isa yang selalu berusaha untuk membahagiakan saya.

“Pasangan lain ada cara mereka sendiri. Masing-masing punya cara. Tapi saya bersyukur berjumpa dengan seorang lelaki seperti Isa,” tambahnya.

Terdahulu, menerusi Instagram Isa menghadiahkan kereta jenis Audi kepada Risteena sempena ulang tahun perkenalan mereka yang pertama. Lebih bermakna, kereta tersebut didatangkan dengan nombor pendaftaran istimewa ‘US I54’.

Menurut Isa, dia mengambil masa enam bulan untuk menyimpan wang sebelum membelikan kereta itu sebagai hadiah ulang tahun perkenalan mereka.

Isa berkata, wang simpanan berkenaan merupakan hasil penat lelahnya selama ini yang mengusahakan perniagaan produk makanan tambahan miliknya iaitu “Lovit”. Ujarnya, hadiah itu sebagai tanda penghargaan buat tunang kesayangannya.

“Saya menyimpan wang selama enam bulan selepas mengusahakan bisnes Lovit, sebelum boleh beli kereta itu.

“Ia sebenarnya satu bentuk penghargaan buat Risteena pada sambutan ulang tahun perkenalan kami yang pertama,” katanya kepada Astro Gempak.

Tambah Isa, dia memilih kenderaan tersebut sebagai hadiah kerana sebelum ini Risteena pernah mengatakan dia meminati kereta berkenaan. Malah, Isa berkata dia juga turut meminat kereta tersebut.

Dikatakan Kereta Itu Berharga RM339,000

Audi A5 baru bakal menjadi tambahan terbaru bagi segmen kenderaan coupe premium di Malaysia. Model generasi kedua ini sedang dipertontonkan di bilik pameran Audi dalam bentuk Sportback lima-pintu.

Hanya ada satu varian sebagai pengenalan awal; 2.0 TFSI quattro yang diimport sepenuhnya. Harga jualannya pula ialah RM339,900 atas jalan tidak termasuk insurans dan disertai dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan.

Kuasa dari enjin 2.0 liter turbocaj yang digunakan pula ialah sebanyak 252 hp pada 5,000 hingga 6,000 rpm dan 370 Nm tork dari 1,600 rpm hingga 4,500 rpm. Ia digandingkan dengan transmisi klac-berkembar S tronic tujuh-kelajuan dan sistem pacuan semua roda kekal quattro.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : Rotikaya, https://paultan.org/

 

Be the first to comment on "Tul4r Cerita Mengenai Isa Khan Menghadiahkan Kereta Audi Kepada Risteena. Ini Harga Sebenar Kereta Tersebut…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*