Selepas Setahun Pembed4han Anaknya, Sharnaaz Ahmad Dedah Keadaan Terkini Jebat Jayden

Aktor kacak Sharnaaz Ahmad menyatakan keadaan kesihatan anaknya, Jebat Jayden Ahmad pada tahun lepas memberi impak besar terhadap dirinya sebagai seorang ayah.

Jebat terpaksa menjalani pembed4han pada 23 Mei lalu selepas mengalami jangk1itan saluran ke3ncing (UTI).

“Tahun lepas adalah wake up call untuk saya sedar betapa pentingnya Jebat dalam kehidupan saya. 

“Tahun ini memang saya dah tak peduli apa di muka bumi ini. Apa saja yang saya ada, saya bagi kat Jebat,” katanya kepada Gempak.

Tambah pelakon filem Polis Evo 3 berkata Jebat masih perlu untuk melakukan pemeriksaan susulan walaupun sudah hampir setahun pembed4han berlalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bakal perenang olympic satu hari nanti amin.. cepat anak ba besar, jangan risau cheq tetap no satu dalam hidup ba.. apa pun, siapa pun.. cheq tetap no 1 … fullstop

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

“Alhamdulillah dia sihat, itu yang penting. Kalau tengok badan dia makin berisi seronok gomol dia. Saya puas hati tengok perkembangan dia setiap hari.

“Jebat masih perlu buat pemeriksaan selepas pembed4han itu. Rasanya kalau tak salah bulan Julai dan Disember nanti ada.

“Buat masa sekarang, kita tak akan nampak apa-apa perbezaan. Bila umur empat atau lima tahun baru nampak,” katanya lagi.

Sharnaaz dan kakak kepada selebriti terkenal Neelofa, Noor Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan Jebat pada 30 Ogos 2018. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "Selepas Setahun Pembed4han Anaknya, Sharnaaz Ahmad Dedah Keadaan Terkini Jebat Jayden"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*