Kerana Marahkan Kak Ogy, Penulis skrip teater hanya berbaring sekarang

Pengarah teater Korvpsi Dewan Semandung, Khir Rahman menyatakan kekes4lan terhadap tindakan penerbitnya, Fauziah Ahmad Daud yang sekali lagi memungkiri janji untuk membayar wang tertunggak sejak beberapa bulan lalu.

Kata Khir, Ogy mengambil pendekatan melantik syarikat guaman dan menghantar surat penyelesaian bayaran tertunggak yang dijadualkan pada 16 Mei lalu (Sabtu).

“Sejak hal ini menjadi viral, sekitar 8 Mei lepas, Kak Ogy, melalui sebuah syarikat peguam, Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir telah menghantar surat tawaran penyelesaian untuk bayaran kami yang masih tertunggak itu.

“Surat tawaran itu menyatakan bahawa ada di antara kami yang akan dibayar terus 100 peratus dan ada pula yang akan dibayar 50 peratus pada 16 Mei.

“Malangnya, dari syarikat guaman yang sama sehari sebelum 16 Mei, sampai lagi satu surat memberitahu pembayaran akan ditangguhkan.

“Ya ..ditangguhkan ke suatu tarikh yang tak dapat dipastikan lagi, bererti dimungkiri lagi.

“Cuma kali ni, belum pun sempat menandatangani kontrak tawaran baru, penangguhan pula yang diberitahu. Ini sangat mengecewakan,” tulisnya menerusi akaun Twitter.

Sejak hal ini menjadi viral, sekitar 8hb May yg lepas, Kak Ogy, melalui sebuah syarikat peguam, Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir ..telah menghantar surat tawaran penyelesaian utk bayaran kami yg masih tertunggak itu ..

Khir difahamkan punca penangguhan itu disebabkan ketidakcukupan dana untuk membayar tenaga produksi yang terbabit.

Justeru, Khir merayu kepada pelakon terbabit agar menjelaskan hut4ngnya dan menyelesaikan kemelut yang berlaku.

“Sila bayar hak kami…saya mohon!

“Mencari dana adalah sebelum melaksanakan satu-satu produksi, bukan sesudah.

“Jangan guna kes-kes begini untuk mohon simpati mengaut untung perniagaan. Kami ni bukan pihak yang menekan Kak Ogy sebaliknya kami yang tertekan dengan palsunya janji-janji Kak Ogy.

“Kami telah beri Kak Ogy kepercayaan sepenuhnya walaupun sebenarnya kami tak faham macam mana Kak Ogy nak bayar duit kami melalui promosi yang kurang dari 2 minggu dan hanya 3 malam persembahan.

“Kami telah jaga nama Kak Ogy, kami bersungguh-sungguh menghasilkan pementasan yang baik.

“Saya mohon agar Kak Ogy tunaikan amanah tanggungjawabnya sebagai penerbit. Saya doa agar kemelut ini segera selesai,” tambah Khir lagi.

Selain Khir, penulis skrip teater berkenaan, Aloy Paradoks turut meluahkan kekesalannya terhadap situasi terbabit.

“Saya belum lagi menerima baki gaji saya dari Kakak Pelakon Hebat Fauziah Ahmad Daud.

“Jadi saya hanya berbaring sekarang, kerana apa, kerana Rasullullah berpesan; kalau marah dan sedang berdiri maka duduk. Jika duduk pun masih masih marah, baring. Jadi saya baring dulu,” tulisnya.

Situasi mulai kecoh apabila pelakon dan kru produksi teater Korupsi Dewan Semandung mendakwa Ogy sengaja melarikan diri dan enggan membayar baki yang tertangguh.

Namun, Ogy tampil membalas kenyataan itu dengan memberitahu dia sedang berusaha untuk mencari dana bagi menyelesaikan hutang tersebut.

“Saya Tak Akan Lari Dari Tanggungjawab,” – Bersyukur… Ogy Ahmad Daud Langsaikan Hut4ng Guna Hasil Jualan Pes Kari

Pelakon senior, Ogy Ahmad Daud memaklumkan telah dapat membayar hutang bayaran kepada 6 individu yang terlibat dalam pementasan teater Korupsi Dewan Semandung.

Ogy atau nama penuhnya Fauziah Ahmad Daud mengatakan bayaran tersebut dapat dilunaskan hasil jualan pes kari segera miliknya.

Lalu, bintang filem Ali Setan ini menzahirkan rasa syukur kerana usahanya melangsaikan hutang hampir berjaya.

Ogy turut memberikan kredit kepada semua pihak terlibat, termasuk para pembeli.

“Terlalu Bersyukur. Dari Hasil Jualan Dan

Kempen Pes Kari Ni Saya Dapat Bayar

6 Org Yg Terlibat Dlm Teater Tu

Mmg Ramai Lagi Yg Belum Dibayar

Dan Saya Masih Berusaha Nak Dapatkan

Dana Kerana Memahamai Mereka Nak

Beraya. Saya Nak Ucapkan Betbanyak2.

“Terima Kasih Kpd @khairulhakiminmuhammad Dan Team Yg Bersusah Payah Menjalankan Kempen Ini Dan Kpd Semua Pelanggan2 Yg Membeli Dgn Ikhlas Baik Utk Sendiri Maupun Membeli Utk Menderma.

“Saya Terlalu Terharu Sangat..Saya Sentiasa Berkata Allah Akan Tolong Dan Saya Takkan Putus Bermohon Berdoa Pada Allah Kerana Saya Wajib Bayar Hutang2 Ini Walaupun Saya Tak Ambil Satu Sen Pun Duit Hasil Jualan Tiket Dan Bukan Salah Saya Pun Dgn Apa Yg Terjadi,” tulisnya positif.

Di samping itu, pelakon berusia 57 tahun ini menjelaskan, dirinya juga tidak akan lari daripada tanggungjawab atas perkara yang berlaku.

“Tetapi Saya Harus Menjaga Maruah Orglain Yg Terlibat Biar Saya Dikecam Tapi Saya Takkan Lari Daripada Tanggungjawab Saya, Utk Menyelesaikan Hutang2 Ini Lambat Atau Cepat Saya Tetap Bayar,” tulisnya lagi.

Sekadar informasi, pementasan komedi seram ini diterbitkan bersama oleh Ogy Ventures Network dan dipersembahkan di pentas Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Teater arahan Khir Rahman ini dibintangi pelakon Man Raja Lawak, Joey Daud, Mark Adam, Vicha, Tauke Jambu, Sharif Zero dan Chiwan.

Foto: Instagram Ogy Ahmad Daud

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : MV

 

Be the first to comment on "Kerana Marahkan Kak Ogy, Penulis skrip teater hanya berbaring sekarang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*