Selepas lap0ran Polis dibuat keatas Menteri Agama, ini tindakan pihak Polis

POLIS membuka kertas sias4tan berhubung dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan telah menerima lap0ran polis mengenai perkara tersebut.

“Kita telah membuka kertas sias4tan polis untuk menjalankan sias4tan awal terhadap kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ia susulan dakwaan mengenai Zulkifli memuat naik berita mengenai kegiatannya di halaman Facebooknya pada 2 Mei.

Lap0ran polis tersebut dibuat oleh seorang lelaki berusia 43 tahun di balai p0lis Bandar Baru Bangi pada kira-kira pukul 6.10 petang 3 Mei.

Pengadu menyebut terdapat sejumlah aktiviti yang dijalankan oleh Zulkifli yang didakwa mel4nggar PKP.

Menteri berkenaan didakwa melakukan perkara tersebut dengan menghantar surat pertukaran kepada pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) secara peribadi pada 31 Mac dan mengambil gambar bersama pegawai tersebut.

Zulkifli juga didakwa telah bertemu dengan kenalannya, Datuk Dr Fathul Bari, dan beberapa individu lain dan mengadakan pertemuan di pejabatnya tanpa mengamalkan penjar4kkan sosial pada 13 April.

Lap0ran itu juga mendakwa pada hari berikutnya, menteri tersebut memanggil Dr Rozaimi Ramli, Dr Ahmad Kamil Jamilin dan Dr Fathul, serta beberapa individu lain untuk mengadakan pertemuan di pejabatnya. – The Star

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Selepas lap0ran Polis dibuat keatas Menteri Agama, ini tindakan pihak Polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*