“Abang Aiman Loves You So Much” – Aiman Tino Kongsi Wajah & Nama Adik Terbaru Dalam Keluarga

 

10 April lalu, penyanyi Aiman Tino menyambut kedatangan ahli keluarga baru apabila ibunya, Hazelina Mat Jalil melahirkan anak yang kesebelas.

Adik bungsu yang dinamakan Nina Qalesya itu bakal menjadi adik terakhir Aiman kerana ibunya dinasihatkan oleh pihak doktor agar tidak lagi hamil atas faktor kesihatan.

“Welcome to the world my new baby sister. Abang Aiman loves you so much.

“Semoga menjadi anak yang solehah dan berjasa pada keluarga satu hari nanti. InshaAllah. Ameen,” tulis Aiman sambil disertakan nama adiknya itu, Nina Qalesya.

Aiman Tino atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri turut mempunyai seorang kakak yang juga bergiat dalam bidang nyanyian iaitu Fara Hezel.

Aiman yang kini berusia 22 tahun, merupakan anak keempat daripada sebelas orang adik beradik.

Aiman pernah mencipta fenomena apabila klip video single Ku Rela Dibenci nyanyiannya mencapai sehingga 21 juta tontonan di YouTube.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh MyMedia

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "“Abang Aiman Loves You So Much” – Aiman Tino Kongsi Wajah & Nama Adik Terbaru Dalam Keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*